Jawapan hujung tahun (I)

Monday, December 20, 2010 · Posted in

therosputih said...
selamat ulang tahun kelahiran encek lanzo....
mau tanya ni je, amacam life bro skrg...? apa target nak capai skrg...?

Nak sebut pasal life ni, jawapannya banyak dan subjektif. Nak kata perfect segala segi tak adalah. Mungkin di segi kesihatan aku ok, tapi dalam aspek kewangan, aku rasa aku baru setakat separa ok saja. Pasal social life, aku sama saja macam orang lain juga. Ada masa aku gembira, ada masa aku sedih. Ada masa aku kecewakan orang dan ada masa orang kecewakan aku. Walaupun kita selalu mengeluh dengan rutin hidup yang statik, tapi sebenarnya banyak benda berbeza yang kita sedang hadap hari-hari. Target nak capai? Kahwin kot. Kahkahkah!


b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...
salam bro
1. apakah soalan yang tak mampu dijawab oleh team malaysia hingga terlepas pulau batu putih ?
2. wajarkah angkatan tentera menerima kenaikan gaji, sedangkan kita terlepas pulau batu putih dan tanjung pagar hanya atas kertas bukan berperang?
3. dalam banyak kes atau keadaan wanita selalu bertahan, wajarkah kementerian pertahanan di beri pada wanita?
4. antara harimau kumbang dan waja timur, yang manakah anda ingin lakonkan watak jika diberi peluang?
5. seperti tahun lepas, adakah anda mahukan awek lama gua disebabkan gua bercadang mencari yang baru?
6. marahkan nyamuk Kelambu dibakar.. kenapa marah benar orang kepada kamu dari dahulu lagi?

ok jawab

1. Dalam dunia moden hari ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) adalah tempat terbaik untuk selesaikan sebarang isu perebutan sempadan/wilayah. Jadi, mana-mana negara boleh saja bentangkan dokumen mereka tentang wilayah yang mahu dituntut. Siapa yang kalah kenalah terima dengan hati terbuka. Berhubung hal Batu Putih ni, aku fikir pasukan Malaysia tak cukup dokumen untuk dapatkan hak pulau tu. Mungkin (aku kata mungkin) juga kita tak cukup political willing untuk betul-betul nak dapatkan pulau tersebut. Tapi, perlu diingat, kita juga pernah menang atas tuntutan Pulau Sipadan. Ini termasuk hak mendapatkan Borneo (Sabah/Sarawak) melalui Suruhanjaya Cobbold ketika membentuk Persekutuan Malaysia dulu. Soalan yang tak mampu dijawab ialah sebab apa kita kalah? Pernah tak kita dijelaskan mengenai sejarah pulau tu dan apa dokumen yang kita ada? Tapi, apa yang asyik dipantakkan di media ialah Singapura merampas wilayah kita.

2. Siapa tak nak kenaikan gaji bro. Tanyalah sapa pun. Buruh kontrak, posmen ke, pegawai kerajaan dok dalam bilik besar ke, semua nak gaji naik. Pasal gaji ni, terpulang kepada majikan nak tentukan macamana. Dalam konteks ketenteraan, ATM adalah majikan yang jaga kebajikan abang-abang askar kita. Dioranglah yang akan buat usul sama ada kerajaan patut atau tak naikkan gaji askar. Gaji tu biarlah ikut merit dan tugas ketenteraan yang diorang buat. Aku sebenarnya tak peduli sangat pasal gaji tentera sebab aku tau gaji diorang tak adalah besar mana pun kalau nak dibandingkan dengan cukong-cukong kapitalis di negara kita.

3. Kalau Datuk Robiah boleh jadi pengarah polis di Bukit Aman, tak ada sebab wanita tak boleh pegang jawatan tertinggi dalam tentera. Lagipun setahu aku, merit dalam pasukan keselamatan agak ketat dan boleh dipercayai. Tak sama seperti makna merit dalam politik, iaitu siapa kuat menabur duit dan gebang kencang akan cepat naik.

4. Aku pilih Waja Timur sebab dia contoh terbaik untuk kau belajar tentang setiakawan, ukhuwwah, kepimpinan dan makna cool. Harimau Kumbang emo lebih. Tapi rambut aku lebih kepada Harimau Kumbang.

5. Cun macam Lisa Surihani tak? Kahkahkah!

6. Aku tak tau siapa yang cipta pepatah tu. Tapi, aku syak dulu ada banyak insiden orang bakar kelambu sebab marahkan nyamuk. Walhal, diorang tak tau kelambu diorang mungkin saja koyak atau diorang sendiri tidur buas tendang sana sini sampai kelambu terbuka. Tapi, itu terjemahan di segi harfiahlah. Kalau diambil di segi maksud pepatah, spesies manusia macam tu memang ramai. Aku tak tau itu ada kaitan dengan genetik austronesia atau human nature.


Amy Z! said...
Kenapa perlu penyelarasan untuk permulaan gaji di Msia?

Dulu, sistem ekonomi berskala kecil dan majikan ada kuasa total untuk tentukan kadar gaji pekerja mereka. Tak ada kerajaan atau mana-mana NGO yang boleh campur tangan dan tetapkan berapa gaji buruh-buruh tu patut dapat. Untunglah dapat majikan bagus, tapi kalau dapat majikan macam celaka, alamat kau kerja macam hamba. Tapi, resam majoriti majikan, rata-ratanya macam celaka dengan bertindak memerah keringat dan abaikan kebajikan buruh untuk mengautkan keuntungan besar.

Kemuncak perjuangan hak buruh tercetus selepas Revolusi Industri di Britain sekitar abad ke-18 dan 19. Bermula dari situlah undang-undang buruh digubal hasil konsensus antara majikan dan wakil buruh berhubung isu gaji, perubatan, cuti, berapa jam bekerja dan bla.. bla.. bla..

Berbalik kepada isu pelarasan gaji, bagi aku, buat masa sekarang, itu sajalah kaedah terbaik dalam menangani penindasan dan eksploitasi pekerja serta menstabilkan sosial ekonomi sesebuah negara walaupun realitinya golongan buruh sampai bila-bila pun tidak pernah mendapat keadilan sewajarnya.

Kaedah ini sama juga macam sistem peperiksaan untuk tentukan siapa paling cemerlang di sekolah/universiti, sekali gus menetapkan kadar gaji seseorang lepasan graduan. Soalannya, betulkah kelompok-kelompok cemerlang tu berupaya memberi sumbangan kepada mewujudkan sistem ekonomi yang lebih baik dan tidak menindas? Atau diorang berterusan melabelkan golongan buruh/bawahan sebagai malas dan tak nak mengubah nasib sendiri.

Pelarasan gaji itu pun boleh dieksploitasi juga kerana pihak yang tentukan berapa gaji pekerja itu ialah kalangan mereka yang tidak pernah memburuh pun. Ambil contoh Sultan Bola, apakah dia seorang pemain bola sepak? Tak hairanlah bola sepak kita tak pernah berkembang pun.

Lagi satu, pelarasan gaji ini juga antara kaedah mudah untuk atasi masalah lambakan graduan selain menjaga kepentingan kakitangan awam (baca: politik pemerintah menjelang pilihan raya).

Bayangkan seorang lepasan graduan dilantik jadi pegawai kanan atas dasar merit dengan gaji RM5,000, apakah pegawai-pegawai senior tidak akan rasa panas bontot menerima pelantikan itu? Sudahnya, gaji diselaraskan mengikut senioriti dan kuasa orang atas.

Kita sudah biasa sangat dengar keluhan pekerja-pekerja yang komplen pasal bos tak pandai buat kerja. Tapi, komplen itu ke mana? Apakah ada salurannya? Kita asyik kecoh pasal penilaian majikan ke atas KPI pekerja. Tapi siapa pula menilai KPI majikan? Sepatutnya pekerjalah. Bukannya majikan atas majikan atas majikan.


Jawapan untuk soalan lain akan bersambung kemudian...

7 Responses to “Jawapan hujung tahun (I)”

therosputih said...

aku doakan kau capai target nak kahwin tuh...aminnnn...

Unknown said...

ros;
Aminnnn..

Amyz! said...

Haha. Sungguh serius rupanya soalan aku. Org lain bagi soalan yg simple2 aje. Haha.

Macam aku dulu-dulu masuk kerja. Dengan diploma, sebab tak ada penyelarasan gaji ni. Starting gaji aku 900 saja. Mungkin pada masa itu, rasa tinggi juga. Tapi, kawan-kawan lain dengan kelulusan yg sama, masuk kerja dengan gaji 1.5k. Rasa teraniaya juga sebenarnya. T_T

Unknown said...

sebab tu sekarang ada penyelarasan gaji dan ada grup minta buat gaji minimum bagai. nak atasi masalah macam tu la. tapi aku tak ada masalah sebenarnya selagi orang tu boleh buat kerja. Itu lagi bagus daripada orang bersijil tinggi tapi tak reti buat apa-apa.

tapi kalau nak demand lebih ada banyak lagi private company sanggup bayar gaji tinggi berdasarkan merit kerja dan skil kau. ada kawan aku spm je tapi gaji cecah 5k. kalau kerja gomen, bila tahun orang ada spm akan dapat gaji banyak tu.

antara keburukan penyelarasan gaji ni ialah menyekat potensi individu. kalau kelayakan kau cuma tahap tu, susah kau nak bergerak ke takuk lain dan ini banyak berlaku dalam sektor kerajaan.

Amyz! said...

aku lebih suka gaji ikut kemampuan. macam kawan ko tu. wpun kelayakan dia spm, tapi sebab dia ada skill - so gaji dia 5k. respect org2 with skills ni. sebab diorang mampu buat kerja dengan baik. wpun diorg hanya ada spm je.

aku rasa kasihan pada org yg ada degree bidang lain, tapi minat dengan bidang lain. bila nak apply kerja, kena compete dengan org yg ada degree dlm bidang yg dia nak apply tu.

aku rasa majikan2 perlu lebih terbuka dan beri lebih peluang pada org yg takde kelayakan tapi ada skills.

Unknown said...

amyz;
i agreed. sekarang kau nampakkan sebab apa perkhidmatan kerajaan kita selalu dapat komplen. bukan aku nak nafikan pasal merit senioriti, tapi benda tu mesti seiring dengan skil, bakat dan prestasi. kalau tak kita akan berada pada tahap selesa dan kurang daya usaha untuk tingkatkan mutu kerja.

sebut pasal degree bidang lain, aku pun termasuk dalam kategori tu jugak. betul cakap kau, company lama aku dulu bayar aku rm1200 saja. asal keluar rehat mengutuk company. hahaha!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

buleh terima bro

Powered by Blogger.