Mengenal Mark Zuckerberg dalam The Social Network

Wednesday, December 08, 2010 · Posted in

Mark bersama jeans dan sandal memang tak dapat dipisahkan.

Aku baru lepas tengok The Social Network (TSN), cerita mengenai pengasas Facebook, Mark Zuckerberg. Tentang sebab musabab mengapa mamat nerd berambut keriting itu tubuhkan Facebook dan beberapa konflik yang dia hadapi sepanjang menghasilkan laman web paling fenomena di planet bumi ini.

Siapa saja yang paranoid dengan Freemason, Illuminati dan agenda Yahudi disarankan tengok cerita ni, yang diadaptasi daripada buku bukan fiksi, The Accidental Billionaires, karya Ben Mezrich.

Walaupun Facebook ditubuhkan selepas insiden 11 September, yang menjadi pencetus kepada sekian banyak teori konspirasi mengenai dajal dan segitiga ada mata, tetapi motivasi Mark untuk mencipta Facebook langsung tidak menyebut perihal Islam dan Osama Laden. Apatah lagi tentang politik Amerika mengenai gerakan pembaharuan atau reformasi melawan George W Bush.

Apa yang dapat aku lihat, jika kita ketepikan faktor genius dalam kepala otaknya, Mark sama saja seperti anak muda lain yang ada perasaan tipikal tentang cinta. Kecewa bila berlaku penolakan.

Secara kebetulan, rasa kecewa menonggeng itu mendorong Mark melakukan godaman super genius ke atas laman web universiti sebelum dia menemukan 'Eureka' melalui idea adik-beradik Cameron dan Tyler Winklevoss.

Satu lagi, Mark ketika melancarkan Facebook pada 2004 baru saja berusia 20 tahun. Dan ada khabar angin mengatakan dia pernah melantak daging koala atas kapal layar. Habis tu, tak reti-reti cari daging koala!

13 Responses to “Mengenal Mark Zuckerberg dalam The Social Network”

rinz raime said...

huh.. apa cita daging koala.. bleh kasi lagi bijak ka...

Anonymous said...

ni apa cite story tak abis nih???? tiba2 jekk soh carik daging koala.

~geleng2 kepala~

Ellie Best said...

tak sampai hati nak makan koala.kiut sangat:D

Unknown said...

rinz;
rasa-rasanya kot. dulu masa sekolah ada sorang cikgu aku buat lawak kena makan babi kalau nak pandai macam cina. kahkahkah.

fafa;
tak habis ke? eh.. koala boleh makan ke? daging dia lembut macam arnab tak?

ellie;
oo.. makan lembu sebab tak kiut lah ye.. hehe..

Hambali ® said...

aih banyak2 dagin, hat tu jugak nak kena makan ... dah la payah nak jumpa

Unknown said...

hambali;
kena pergi australia la jawabnya. hahaha..

Semarak Api said...

bpe bintang ble bg kt flem ni?best ke tak?nk pi tgk gk nih..kgum ngn org2 genius nih..tp dm paper Zuckerberg komen ade yg btol n ade yg x btol psl die dlm cter nih..

eh,daging koala hlal ke mkn?dgr pon da haihhh..xpe la kalo hlal pon.haha

Anonymous said...

entah...bole kot. dia bkn haiwan 2 alam. tak bertaring. so bole kot.

tp sampai ke hati nk makan??? comel tuh.
benda2 comel nih.....sanggup ke nk dimakan tanpa membayangkan kecomelannya???

Unknown said...

semarak;
statement mark berpunca daripada spekulasi pasal dia punya social life dalam filem tu. ini termasuk gambaran pengarah, david fincher bahawa insiden dia direject erica albright adalah punca dia cipta facebook.

jadi, aku tengok TSN dari kerangka perspektif fincher yang adaptasi filem tu daripada novel ben mezrich. di sini, biografi mark sudah melalui dua sudut pandang. jika kita lihat di segi kreatif filem, itulah yang sepatutnya dibuat. ada unsur dilebih-lebihkan. kalau ikut betul-betul real life mark, filem tu dah jadi dokumentari.

kalau suka filem genre drama dan biografi, filem ni aku bagi 4 bintang.

fafa;
tu haiwan dah nak pupus. bikin wwf marah saja. banyak lagi kot benda boleh makan..

dya adriza said...

uiks.. tadi cerita lain, tiba2 cerita daging koala plak.. =.="

prof nik said...

fb fb fb... skrg ni byk citer pasal bahana dari fb dlm surat kabo. kena belasah sampai koma. ape2 lagi ntah

cikgooden said...

buleh makan ke koala?..makan di kuala, boleh. hehehhe

Unknown said...

dya;
ini entri antiklimaks.. ok tak? :)

prof nik;
kalau kau tengok TSN, mamat eduardo, co-founder fb sendiri tak update status dia dan awek sampai satu hari diorang gaduh dan break up.

cikgudin;
kalau tak masuk kategori tak boleh dimakan maknanya bolehlah kot. tapi haiwan tu dah pupus.. cari binatang lain bulih kot.. hahaha..

Powered by Blogger.