Cerita lain pada 14 Februari

Monday, February 14, 2011 · Posted in ,

1915-14 Februari 1942



Kalau tak silap, aku pernah tulis pasal peristiwa penting 14 Februari di Malaya dalam blog aku dua tahun lepas.

Masalah orang kita ialah hanya tahu melarang dan anti sana sini. Tambah-tambah lagi kalau sesuatu perkara itu ada kena mengena dengan orang muda. Ada saja setan dan Yahudinya. Tapi, di segi counterculture kita tak ada.

Cakap mulut berbuih-buih. Melarang dan menguat kuasa memang senang. Tapi mengajak dan mengajar manusia memahami falsafah dan makna sesuatu budaya itu kita kontang. Kita tak mahu mencipta origaniliti. Kita juga tak faham bahawa akar kepada pokok masalah itu sebenarnya berangkai. Ia menjalar, membesar dan subur atas nama air ekonomi, bajanya politik. Hasilnya, kita jadi manusia yang tahu menyalah-nyalahkan.

Kita kadang-kadang tak sedar tindakan kita, buatkan anak muda semakin jauh hati dengan kebenaran. Sebab kita sendiri tak ada kejujuran.

6 Responses to “Cerita lain pada 14 Februari”

Syuqri Talhah Mustaqim said...

Pehhh! Perenggan last tu power beb!

anyss said...

Salam,
Saya pun ada tulis pasal benda ni...bangga sebab ada orang lain juga terfikir nak tulis pasal benda ni...bukan je pasal VDay yang tak patut kita sambut tu pun

Ellie Best said...

terbaik lah entry ni.ringkas tapi cukup mendalam maksudnya:)

Unknown said...

kringet;
apa yang powernya?

anyss;
sebenarnya wajar sambut tak sambut bukan isu besar dan aku tak nampak kaitan vday dengan gejala sosial di segi data dan statistik. sebaliknya, bagi aku, vday lebih kepada tuntutan komersil publik. sebab masa tu, kita dilambakkan dengan kad-kad ucapan, filem cinta, pakej tidur hotel, makan dan beli-belah istimewa. lagi banyak hari istimewa, lagi banyak duit boleh dapat. apa diorang peduli pasal nilai?

ellie;
tenkiu.. :)

prof nik said...

14hb semua berita sebuk citer pasal, tangkapan khalwat kt hotel2 budget. dari utara sampai selatan. hotel 5 bintang x citer lak. berita tv 9 je ada citer pasal LT adnan ni. serammmmm. time2 tahun baru, merdeka, cuti2 umum, vday.. org bt maksiat..

Unknown said...

niki;
bagi aku, kalau nak buat maksiat tu, tak ada kena mengenai dengan vday pun. sebenarnya, ia cuma hari buat duit. premis niaga dihias cantik dan diberi diskaun sana sini untuk ajak orang ramai beli something untuk awek/pakwe/parents/etc. kalau betul vday ada kena mengena dengan gejala sosial, mana statistik?

Powered by Blogger.