Siri berdiet dengan steady IV

Friday, April 29, 2011 · Posted in ,

Perut macam karburetor jugak. CC tak sama..
Apasal blog aku dah jadi entri pakar diet? Apakah aku benar-benar serius mahu mencipta pil ajaib Lihat Pinggangku Ramping (seperti dicadangkan Kap). Kahkahkah.

Ok, macam ni. Sebenarnya aku bukan ahli yang layak memberi nasihat tentang diet menguruskan badan. Aku berdiet pun bukanlah kerana mengalami masalah berat badan berlebihan. Berat badan aku masih dalam skala piawaian BMI. Lainlah kalau berat badan aku mencapai tahap obesiti dan berjaya menurunkan berat badan hingga 20 kilogram dalam masa dua minggu.

Ya, aku pernah tulis pasal ketidakselesaan memakai stokin sambil duduk akibat perut yang sedikit membuncit ke depan, tetapi itu bukanlah daya pendesak yang benar-benar memaksa aku berdiet pun. Bukan bukan bukan.

Cuma aku ada kecenderungan menguji mitos. Aku tak suka dogma membuta tuli. Aku manusia realistik dan tak suka ditakut-takutkan. Masa kecil dulu aku pernah telan duit 5 sen untuk memastikan dakwaan kawan aku silap yang mengatakan kau perlu dibedah jika tertelan syiling. Hasilnya, duit aku keluar bersama tahi dan janganlah kau tanya macamana aku dapat pastikan duit itu ada dalam tahi aku. Itu eksperimen aku yang dulu.

Dalam siri berdiet dengan steady ini, aku cuma mahu buktikan boleh tak aku berdiet tanpa ambil pek minuman menguruskan badan seperti yang dicanangkan banyak ejen MLM seluruh negara.

Hasilnya, berdasarkan apa yang aku baca, memang boleh. Malah, dari sudut lain diet yang aku amalkan mengajar aku tentang kerinduan. Kerinduan kepada nasi yang sudah aku telan hampir tiga dekad lalu. Dan siapalah yang tahu tatkala aku menyuap nasi buat pertama kali, air mata aku senang saja membutir seperti bumi yang ditimpa hujan selepas bertahun-tahun dikontangkan kemarau.

Namun, sebelum aku beralih kepada rahsia besar diet. Adalah perlu aku maklumkan dua rahsia asas untuk diet ini. Pertama, seperti yang sudah aku tulis dalam entri lepas, iaitu baca dan kaji. Apa saja kaedah diet yang mahu kau lakukan, kau kena faham. Kau betul-betul faham ke pasal 1001 herba dalam pek minuman yang mampu menguruskan badan tu. Ataupun kau cuma ternganga mendengar si penceramah berlabon tentang kader-kader yang akan menghadiahkan kau sebuah BMW 5 series.

Rahsia kedua pula ialah kenali metabolisme. Menurut Prof Wiki, metabolisme adalah tindak balas kimia yang berlaku dalam sel hidup yang membolehkan sel membesar dan membiak, mengekalkan struktur dan bertindak balas terhadap persekitaran mereka. Ia dibahagikan kepada dua jenis, iaitu katabolisme yang memghasilkan tenaga seperti pemecahan makanan dalam respirasi sel, manakala anabolisme pula menggunakan tenaga untuk membentuk komponen sel seperti protein dan asid nukleik.

Senang cerita, metabolisme ni macam kilang. Nasi adalah bahan mentah. Katabolisme adalah proses pembuatan dan anabolisme adalah bahan mentah yang siap menjadi produk untuk digunakan.

Dalam industri, proses pembuatan ditentukan dengan keupayaan mesin dan kepakaran buruh. Lagi moden dan lagi pakar pasukan buruh dalam sesebuah kilang, lagi banyak dan berkualiti sesuatu produk itu dihasilkan. Ambil contoh kilang Proton dan Toyota. Kajilah kilang mana yang dapat menghasilkan produk yang banyak dan berkualiti. Tapi, kalau kedua-dua kilang sama bagus dari segi buruh dan mesin, tetapi salah satunya gagal menghasilkan produk berkualiti dan banyak, itu namanya korupsi. Ayat akhir tu tak ada kena mengena dengan diet sebenarnya.

Merujuk kepada tubuh manusia, metabolisme bukanlah mesin atau buruh yang boleh dibeli dan diupah. Ia terdiri daripada sel, sebatian kimia dan enzim yang ada kaitan dengan genetik dan persekitaran. Apa yang perlu kau faham di sini ialah setiap manusia tidak memiliki metabolisme yang sama di segi katabolisme dan anabolisme.

Jadi, jangan hairan kenapa ada kawan kau makan macam hantu raya tapi badan masih kekal ramping, tapi kau pula pantang makan lebih sikit mesti badan naik membadak. Metabolisme wehhh..

Secara natural, kadar metabolisme biasanya merosot apabila usia meningkat, terutama apabila usia kau mencecah 30 tahun ke atas. Jadi, janganlah hairan sekali lagi kenapa badan kau naik sedangkan rutin makan kau sama saja seperti 10 tahun dulu. Itu tandanya metabolisme kau mula mengendur.

Ada juga yang kekal langsing sampai ke tua dan hal itu kau kena rujuk pula kepada faktor genetik dan ia masih tetap ada kaitan dengan metabolisme. Namun, mereka yang kurus lebih sukar menaikkan berat badan berbanding orang gemuk yang cuba menguruskan badan. Ini serius ni.

Jadi, sebelum mengamalkan sebarang diet, kenal pasti dulu tahap metabolisme korang di mana. Apakah korang tergolong jenis makan banyak dan badan naik, makan banyak dan badan tak naik, makan sikit dan badan turun atau makan sikit dan badan tak turun?

Entri akan datang aku cuba habiskan siri ni. Letih aih..

4 Responses to “Siri berdiet dengan steady IV”

Muhammad Tarmizi bin Kamaruddin said...

aku makan banyak mana pun, mustahil gemuk...

Cikgooden said...

menulis beberapa siri entri, efek ke metabolisme ke tak?...

Kap said...

bila mahu klimaks daa.
kasi bocor itu rahsia.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

marah kang dato dr 2alam dengar ni lanzo

Powered by Blogger.