Apabila minyak habis...

Thursday, December 29, 2011 · Posted in , ,


Ceritanya begini,
Kalau kau sedang bawa kereta dan tiba-tiba bar meter minyak berkelip-kelip atau keluar lampu pam minyak atau jarum tunjuk takah E, tolong rileks. Dalam kejuruteraan automotif, E di sini bukanlah membawa maksud 'Empty', tetapi 'Enough-for-60km'.

Dalam erti kata lain, kereta kau boleh dipandu sejauh 60 kilometer dengan kelajuan di bawah 80kmj. Lagi perlahan dibawa lagi jauh kereta kau boleh pergi, dan kalau laju lagi sekejap minyak habis. Di sini, logik yang suruh kau bawa kereta perlahan bila meter minyak berkelip memang munasabah, bukan mitos.

Hukum 'Enough-for-60km' ini tertakluk kepada kereta standard kilang, bukan ubah suai taruk rim besar, enjin besar, spoiler besar, bamper besar atau segala mak nenek besar yang lain.

Amacam?

5 Responses to “Apabila minyak habis...”

Anonymous said...

E= enough for 60 km
F= fast & furious..hehe

Nik Zulkhairi said...

mati2 aku ingat E = empty = cepat carik pam minyak kalau tak nak tersadai tepi jalan.

angel_baik said...

Ok. baru tau. thanks.. hahaah.. 4 tahun dah bawak keta tiap kali dah berkelip-kelip kalut ja p cari stesen minyak!

Cikgooden said...

hahahaha.....info terbaek pada aku...sebelum ni tak pernah ambik tahu bro..

Mr Sylarius said...

Jarum E tu tak bermaksud habis terus sebab dalam tangki minyak ada pelampung yang berfungsi macam pelampung dalam tangki flush tandas.

So since your fuel needle is going to be in the same place for both full and slightly less full, the engineers chose to point it to full. The alternative is a fuel gauge that would never point to full and just confuses the driver. And since it's going to point to the same place for empty and almost empty, they chose to point it to empty.

Powered by Blogger.