Teruja entah ke mana

Friday, June 15, 2012 · Posted in , ,


There are three classes of men; lovers of wisdom, lovers of honor, and lovers of gain. - Plato
Walaupun tahu pangkat itu tidak mampu membeli tiket ke syurga, tapi ramai orang kita sukakan pangkat, memberi pangkat dan menggelarkan pangkat kepada orang lain.

Dalam seni linguistik dan psikologi Melayu, salah satu cara menawan jiwa Melayu adalah memberikan dia pangkat atau menggelarkannya dengan sesuatu nama yang merujuk kepada ketinggian harkat diri.

Sebab itulah kita ada (Da)Tok penghulu, Tok Siak, Tok Mudim, Tok Bilal, Tok Lebai, Tok Imam, Tok Bomoh, Tok Bidan, Datuk Bendahara, Datuk Bentara Sakti Angkasa (ini aku buat contoh saja). Asalkan dia ketua atau 'seseorang', kita cenderung gelarkan dia Tok.

Tapi sekurang-kurangnya, orang Melayu dulu berikan gelaran 'Tok' bersandarkan sesuatu kepakaran yang tidak ramai orang lain mampu atau sanggup buat. Jadi, mereka yang digelar Tok adalah 'the special one'.

Contohnya, tak ramai orang sanggup atau mampu jadi imam, bilal, mudim dan siak. Malangnya sekarang, kenapa ada orang jual gelang, yang juga mampu dibuat orang lain, tetapi dia boleh digelar Datuk?

Setakat ini, aku harap kau faham kenapa raja-raja kita suka berikan gelaran Datuk kepada menteri, kenamaan dan orang-orang 'besar' lain. Raja pun macam kita juga, teruja setiap kali berjaya mempangkatkan orang. Kau semacam dapat lihat terpancar cahaya gemilang keluar dari wajahnya.

Dan aku percaya, mana-mana bangsa yang berjaya adalah kalangan mereka yang berjaya membuang gelar pangkat pada namanya. Cuma Melayu yang belum bersedia kerana mereka sentiasa mahu rasa teruja.

3 Responses to “Teruja entah ke mana”

Anonymous said...

Orang eropah dengan gelaran Sir,Duke...rilek2 je maju.Queen dengan King pun terjaga.

Orang di China pun sama.Jepun pun sama.Maharaja rilek je ada kat sana.

Menda la kau merepek ni.

Lanzo said...

bezanya, satu negara eropah ada satu king. tapi malaysia ada banyak king. dan semua king boleh bagi gelaran. teruja tak?

avid said...

oh ho ho. ini entri bijak. aku rasa dah dikodkan dalam DNA orang melayu untuk menghambakan diri dalam sistem feudal.

Powered by Blogger.