kerdum: sebuah apresiasi malaysia

Tuesday, December 04, 2007 · Posted in ,

KERDUM: SEBUAH APRESIASI MALAYSIA I

Hahaha! Tak ada jawapan yang betul. Gambar di bawah ialah sebuah produk reka cipta bernama KERDUM. Aku reka masa di institut teknikal Johor dulu.

Fungsinya sama macam 'orang-orangan', gajet para petani bagi menghalau burung dari makan tanaman padi di bendang. Cuma KERDUM ni bukan sahaja boleh digunakan di bendang tapi juga di kebun buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ia punya bunyi yang luarbiasa kuat. Bila kau tekan butang dari remote control [saiz sebesar kunci kereta] maka bunyi pun keluar dan lampu akan ber-liplap liplap bagaikan kereta patrol mengejar kriminal lagaknya. Hebat!

Ada juga timer. Bila kau rasa mau tidur atau mau ke pekan membeli belah kau cuma perlu setkan masa untuk ia berbunyi. 10 minit sekali. 20 minit sekali. 30 minit sekali. 1 jam sekali. Berapa jam pun boleh. Hebat!

Bukan setakat burung akan terbang lari tapi juga tupai, monyet, babi hutan, skunk, rakun, juga pencuri-pencuri amatur. Hahaha! Hebat!

Tapi ada saja pensyarah-pensyarah aku cari poin nak kondem produk aku. Biasalah. Mana ada designer yang sempurna.

"Sekarang orang dah pakai ultra frequency. Produk lagi compact. Lagi user friendly. Ni dah besar gedabak. Tak praktikal langsung."

Aku jawab, "ultra frequency sesuai untuk serangga atau binatang saiz kecil macam arnab. Kalau guna ultra frequency untuk monyet, tuan kebun pun boleh muntah hijau.."

"Kenapa ada gambar skunk dalam report ni? Malaysia ada skunk ke?"

"Err.. Itu contoh haiwan perosak kat US, encik.."

"Ah, tak relevan ni. Target user kat petani Malaysia. Mana boleh tiba-tiba ada gambar skunk. Huh, potong markah ni. Emm.. Hah, kalau ular serang. Ular takut ke dengan bunyi?"

"Err.. err.. Ular tak makan buah encik."


KERDUM: SEBUAH APRESIASI MALAYSIA II

Dulu. Aku designer. Kami diajar untuk menjadi defensif yang terbaik bagi setiap produk kami. Kami belajar untuk menjadi tulen. Pure.

Malaysia banyak pereka-pereka industri terbaik. Aku ada baca satu produk khatan yang boleh potong kulit penis tanpa setitis darah dan kau [sudah tentu lelaki] sudah boleh berjalan dan pakai seluar selepas setengah jam. Aku pernah tengok kawan aku design model Proton yang mengalahkan Nissan Skyline. Tapi ke mana produk-produk macam tu?

Tapi untuk pasaran real, rekabentuk produk kita dah macam haram. Kawan aku cakap, rekabentuk produk kita bila di-present pada top level langsung kena cincang. Ada saja mahu diklon rekabentuk luar.

Mentaliti kita tak berubah. Aku pernah baca entri Saharil tentang persamaan rekabentuk kereta Mira dengan Kancil, logo Thundercats dengan Proton, bendera Amerika dengan Malaysia. Logo siaran ABC 2, New York dengan NTV7, Malaysia. Stadium Olympiapark, Munich dengan Stadium Bukit Jalil, KL [lihat SINI]. Oh, baru aku sedar betapa susahnya kita mahu buang pengaruh luar dari mentaliti kita. Betapa linear dan kolotnya kita.

Aku takut satu hari nanti sudah tidak ada apa lagi yang boleh aku banggakan dengan nama Malaysia selain buat rekod berenang menyeberang Selat Tebrau 800 kali [sekadar contoh].

Kita tak pernah diajar atau belajar untuk berbangga dengan hasil D.I.Y. Kita masyarakat pengguna bodoh. Selagi kita boleh pakai dan buang, pergi jahanam dengan apresiasi Malaysia!

Ah, aku sedikit emosional bab-bab kenegaraan ni. Oklah. Sekian dahulu sesi apresiasi Malaysia untuk kali ini.

Glosari:
D.I.Y => Do It Yourself

Powered by Blogger.