perjalanan pendek yang panjang, yg namanya korban,

Saturday, December 22, 2007 · Posted in ,

PERJALANAN PENDEK YANG PANJANG

4.45. Petang Rabu. Taman Tun Dr. Ismail. Aku merempit laju. Balik ke rumah di Subang U5. Sepatutnya aku terus parkir motor di stesen komuter Sungai Buloh. Dan ambil tiket tren ke Pudu Raya. Bahana sakit perut dan teringat cajer fontangan punya pasal, aku terpaksa gegas pulang ke rumah dulu.

Mandi. Wangi. Aku merempit semula ke stesen komuter Sungai Buloh. Parkir motor di situ. Selepas 'solex' gigi sprocket dan gari helmet. Aku tawakal.

Aku ambil tren ke KL Sentral. Dan kemudian aku meloncat pula ke Putra LRT. Aku mau ke Pasar Seni. Dari situ aku menapak ke Pudu Raya. Ya, aku mau cari tiket balik raya on the dot!

6.30. Petang Rabu. Pudu Raya. Cuma tinggal bas tambahan. Jam 11.00 malam. Aku nekad beli saja dan aku memang tak berharap sesuatu yang ajaib berlaku pun [maksud aku bas akan sampai tepat jam 11.00 malam dengan kondisi yang sempurna.]

Aku tunggu bas seawal jam 7.00 malam. Aku layan Anak Raja Rimba [ya, Raja Rimba masih belum habis] sambil sempat meng-usya seorang bapak budak tengah gomol baby-nya. Juga awek-awek seksi Malaya yang sedang menggelintar. Berlekit-lekitan.

Tepat. Jam 10.45 malam. Aku turun. Aku melangut. Lamaaaaaa. Mana bas?

1.00 pagi. Baru bas sampai. Bas kilang. Warna biru. Rukun Negara sudah jatuh nombor 18 bila aku terpaksa berebutan dan berlekitan demi mendapat kerusi bas edisi terhad. Aku berjaya!

Tapi perjalanan aku dalam bas kilang tu dah macam aku naik peti sejuk bergerak. Sejuk nak mampos!!

Sampai Ipoh bas rosak. Kami turun tepi jambatan. Dan bas ganti pun datang sejam setengah kemudian. Bas sekolah. Warna oren. Kalau tadi aku naik peti sejuk bergerak. Kali ni aku naik microwave bergerak. Kau boleh fahamkan macamana fiil kalau air-cond bas tak ada!

Pukul 10.00 pagi baru aku sampai rumah. Aku sudah terlepas sembahyang raya. Sudahnya aku terbongkang atas katil.

Ok, kawan-kawan. Sekian sahaja perjalanan saya menyambut Aidil Adha bersama famili. Selamat bergembira ya! :)


YANG NAMANYA KORBAN

Bila masanya kau sudah tidak kisah apa-apa pun?
Dan kau jadi betul-betul berserah?


8 FAKTA RANDOM & AKU

1. Seorang Palmar Hyperhidrosis.
2. Seorang yang gementar tentang hidup.
3. Girang dan kadang-kadang boleh jadi sangat pendiam lagi penyantun.
4. Skeptikal pada cerita-cerita tahyul dan legenda urban.
5. Menghargai seni dan perkara-perkara subtle.
6. Sangat sentimental pada kesusahan dan kesukaran.
7. Seorang rabun dan berkaca mata. Juga tiada pantang larang dalam mengecap nikmat makan.
8. Kacak.

Ingat. Itu cuma fakta random!
Sempena musim hujan sekarang ni sepatutnya saya beritahu nama saya.
Nama saya Rain.

Powered by Blogger.