lebih dari sekadar materi

Monday, February 11, 2008 · Posted in ,

LEBIH DARI SEKADAR MENTERI MATERI

Sentral KL. 10:55 pagi. Isnin.

"Hoi, apasal kau tak berubah pun?" Apon berdekah gelak. Dan gelak kami berpintalan.

"Apasal kau makin kurus. Takkan makan hati?" Balas aku berdekah. Dan gelak kami berpintalan.

"Hehe. Ye lah kot. Oit, tangan kau basah lagi ke? Macamana nak pegang awek ni. Hehehe.."

Ces..
.
.
Apon. Kawan lama aku di Institut Teknikal Johor dulu. Sekarang dia jadi pengajar di Pasir Gudang. Lamaaaa kami tak jumpa. Paling akhir 2001.

Dari Sentral KL kami ke Ampang. Mahu jumpa Wan. Juga sahabat kami satu kelas reka-reka dulu. Wan sekarang jadi tauke kedai kek.

Kami ketuk cermin kedai dan buat muka badut. Wan buntangkan mata. Dia keluar dan cakap,

"Hoi, apasal korang tak berubah pun!!" Dan gelak kami berpintalan.

Entah dari mana Duta keluar dan nyanyikan lagu Sahabat Sejati ke corong telinga aku. Nipis-nipis.

Powered by Blogger.