dan inilah cara mengatasi kenaikan petrol III

Wednesday, June 11, 2008 · Posted in

DAN INILAH CARA MENGATASI KENAIKAN PETROL III

Dulu. Siapa ada Haro Master samalah macam dia bawa Subaru Impreza. Harga maunya dalam 6 ke 7 ratus. Ada yang sampai seribu.

Tengok Anas dengan Haro Masternya betul-betul buat aku jaki. Ye la. Bapa dia bisnesmen. Buka kedai printing kat Alor Star sana. Bolehlah demand Haro Master.

Kiranya basikal mini aku ni macam Kancil saja. Ada bakul kat depan. Ada seat yang besar gedabak. Ada carrier belakang. Dan ada loceng juga! Mampus aku kena gelak.

Jadi sebagai menyahut cabaran bahawa anak Malaysia memang kreatif aku mesti lakukan modifikasi dengan kadar segera!

Aku kasi tukar handle pendek. Aku taruk batang seat bengkok. Kasi lowered sikit. Seat, paddle, handle grip, kepala handle, brek, tayar, rim aloi, reflector lamp aku sumpah jadi BMX. Plink! Mini aku bertukar jadi sebuah easy rider yang kool.

Macam ni barulah boleh pergi sekolah dengan bergaya. Barulah setiap kayuhan mempunyai nilai sensasi.

Dengan hensem aku parking easy rider dalam bangsal. Selang dua tiga baris ada budak-budak berlonggok kerumun apa entah. Ada budak bertumbuk kot. Bab-bab ni memang seronok tengok. Aku gesit. Aku kuak dua tiga budak ke baris depan.

"Ni apa jadah basikal taruk kepala RXZ!!" Maki aku dalam hati.

Powered by Blogger.