Tragedi Lewat Mei Ketika Matahari Rembang

Wednesday, June 03, 2009 · Posted in

26hb. 11.30 pagi. Suzuki aku terpelanting terlanggar sisa bonggol simen bergerigi di tepi jalan. Padah melengah-lengahkan masa untuk betulkan fork motor. Tapi hidup sebagai penunggang motor di Malaysia memang selalu teraniaya.

Aku kutip henfon, kamus, kad nama, sapu tangan, dompet, gula-gula hacks dan tanggalkan helmet. Tangan kiri aku kebas dan ibu jari macam panjang sebelah.

Lima minit aku mamai tepi jalan macam pemabuk wiski. Seorang Melayu pun tak ada yang berhenti. Aku tarik nafas dalam. Tak mau pitam. Tak lama lepas tu berhenti dua makhluk Tuhan. Seorang Cina tua dan kawan India di sebelahnya. Kadang-kadang kerana terlalu fikirkan bangsa, kita selalu terlupa mahu berfikir tentang rasa manusia.

18 Responses to “Tragedi Lewat Mei Ketika Matahari Rembang”

fuzama said...

semoga cepat sembuh!

Dato' Why said...

Itu la nama ny org melayu..
time org melayu lain susah..hampeh batang idung melayu ni akn jumpe

kalu ade org melayu yg senang...saudara yg xpnah jumpe pn
akn mengaku sedare dekat..

melayu suke menumpang kesenangan org lain
MALAS nk berusaha..TUMPANG kesenangan org lain

angel_baik said...

semoga cepat sembuh.

Bukan setakat sakit fizikal, hati pun sakit gak kan?..

Amy Z! said...

hmm~ sedihnya. dengan sikap orang zaman sekarang ni. lebih-lebih melayu~

semoga cepat sembuh.

ayobkelubi said...

bro.

semoga cepat sembuh...

Al-Kaput said...

anda pernah dgr "bangsa makan bangsa"??

di dunia terlalu ramai melayu tipu melayu..cina+india tipu melayu saja dan kurang tipu bangsa mereka sendiri..

pada pandangan sy, mungkin mereka takut tp dlm ati mereka berdoa anda akan baik-baik nanti..

sama2 kita doa tak ramai lagi penipu bangsa sendiri di tanahair..
supaya ramai yg susah seperti anda dpt ditolongi..

salam..
semoga cepat baik,bro..

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

moga cepat sembuh..
aku bab bab luka macam ni..tak rasa nak buat kelaka...

CAHAYA MATA said...

emm..emm..
kalau SAYA yg lalu pun SAYA tak akan berhenti untuk tolong..

sebab..

SAYA tak kenal awak.. dan ayah SAYA pesan jangan "berani-berani" dgn orang yg tak dikenali..

tapiii..

mungkin SAYA akan minta orang lain berhenti utk awak.. contohnya, SAYA singgah di stesen minyak utk minta tolong org di situ pegi tolong awak..

okey.. get well soon yer..jangan difikirkan sangat perangai manusia..hati sendiri harus di jaga..berbaik sangka sahaja yupp..

ini utk awak.. ----<<@

zuril said...

hm, begitu rupanya apa yang terjadi. (disertai dengan secebis pengalaman tentang hati budi manusia).

saya macam yang lain-lain juga. doa yang sama. semoga cepat sembuh. :)

DeeN said...

Hmm...kisahnya!
Semoga cepat sembuh.

Kizzy TF said...

erm... sabar ja la.

cpt sembuh.

Apex House of Kaler said...

wah. ada org bagi bunga!

cepat balik ofis wei. bole je manip guna sebelah tangan. hik.

aie akaike said...

dah bole taip entri, kira dah sembuh la tu. wei, hashim anang dok cari ko. nak bag hadiah.

hadiah hadiah hadiah!

mohadi said...

Alhamdulillah.. yg penting selamat. setiap apa yg terjadi bole mmbuatkan kite sentiasa beringat dan mmbuatkan kita semakin mengenali sesama manusia.. smg cpt sembuh. =)

sUe said...

lama tak singgah sini..
tuannya eksiden la pulak..
dugaan itu memang ada di mana2..
semoga cepat sembuh yah?

Anonymous said...

Salam,
Begitu jahat sangat ke bangsa Melayu nih?

Kebetulan kot...

p/s: Adakah anda sendiri (semua org termasuk saya), your own self personally akan berhenti, tolong tak kirala apa bangsa kalau kalau tengok situasi cam tuh. Hmm....rasanya soklan tuh cukupla sampai situ. Period. Tak adil kot kalau nak simpul mati.

Anonymous said...

So lepas nih kita jgn tekan brake aje, kalau tekan brake je org akan marah, kita belajar tarik handbrake sekali. Azam

Anonymous said...

apela..jangan kire melayu..kire sifat kemanusiaan..mungkin melayu yang lalu masa tu bini dia nak bersalin ke ape ke..kite bukan tau..tak baik tuduh bangsa seniri camtu..dah rezeki dia nak dapat cina ngan india tolong nak buat cemane..ade la hikmahnye..mungkin dia tak ngam ngan cina/india sebelum ni..tuhan nak tunjuk..rezeki la tu..dahla bangsa lain kutuk bangsa kita..kite pun nak kutuk bangsa kite..abih la..

dulu time aku accident,moto abih minyak, accident nak bergaduh..ramai je org melayu yang tolong dan nak tolong..tak lupa juga to all non-malays..ramai gak yang bagus..pikir positif skit..baru bole maju..

Powered by Blogger.