Bapa Mi Segera Sedunia - Momofuko Ando

Thursday, August 06, 2009 · Posted in

momofuku ando1. Korang akan cakap, ada apa dengan nasi lemak? Apa yang kecoh-kecoh sangat dengan nasi lemak? Mari aku kaitkannya dengan mee segera ataupun di Malaysia lebih dikenali sebagai megi atau mi megi.

2. Pengenalan, mi segera (instant noodles) adalah mee yang dikeringkan atau separa masak dan biasanya dijual bersama paket perasa macam-macam. Ia dimasak dengan cara mencampurkannya ke dalam air panas selama 3 ke 5 minit, diletakkan perasa dan seterusnya dimakan.

3. Idea asal mi segera dikatakan bermula seawal Dinasti Qing (zaman Ji Fat jadi Emperor-untuk siapa yang baca Alam Perwira), di mana mi itu dikeringkan untuk disimpan dalam jangka masa lama. Sebab dulu tak ada peti ais. Samalah juga macam idea asal mana datangnya udang kering, ikan kering, keropok lekor yang ada di negara kita ni. Asas mi segera yang kita makan sekarang ni memang tak ubah macam zaman Qing. Ia perlu dipanaskan dalam air berperasa dan kebiasaannya lauk paling asas untuk dimasukkan bersama mee segera adalah telur. Ia boleh dikatakan makanan tradisi orang China dan Taiwan (info: Taiwan adalah sebahagian daripada China).

4. Tapi mi segera era moden (dengan pelbagai jenama, perasa) yang kita makan hari ini adalah hasil usaha gigih Momofoku Ando yang bertanggungjawab mempopularkannya. Dia adalah pengasas syarikat Nissin Food Products Co Ltd dari Jepun.

5. Tapi Ando ni bukanlah seorang Jepun tulen, sebaliknya berdarah Taiwan (orang Taiwan ni bolehlah diibaratkan macam orang Jawa di Tanah Melayu). Nama asalnya, Wu Pai-fu. Walaupun lahir dalam keluarga yang kaya, tapi mak ayah Ando meninggal ketika dia kecil dan dibesarkan oleh atuk dan neneknya.

6. Atuk nenek dia ni pun bukan calang-calang orang. Diorang ni buat bisnes kain berskala kecil. Jadi tak hairan Ando dah mula berniaga dengan buka syarikat kain ketika umurnya masih 22 tahun di bandar Taipei.

7. Setahun lepas tu (1933) dia ambil keputusan merantau ke Osaka, Jepun. Selepas Perang Dunia Kedua (1945), dia dapat pula kerakyatan Jepun dan terus menetap di negara itu apabila berjaya masuk Universiti Ritsumeikan. Pada masa sama juga dia teruskan bisnes warisan nenek moyang dia kat negara baru ni.

8. Masalah muncul bila dia kena penjara dua tahun sebab cuba elak cukai gomen. Dia buat macam tu sebab nak tanggung kos belajar di mana semua kos tersebut diperoleh dari bisnes kecil dia tu. Tapi income ciput, sewa tinggi apa cerita? Sudahnya syarikat dia diisytihar bankrap.

9. Tapi dia ni kira hati kental juga. Dia buka satu lagi syarikat yang dikenali sebagai Nissin di Ikeda, Osaka, Jepun dengan produk baru. Nak tahu produk apa? Jual garam.

10. Apa cerita entri ni dah jadi autobiografi Ando? Apa kaitan mi segera dengan nasi lemak? Kenapa nasi lemak menjadi mangsa pakar-pakar kesihatan sehingga tergamak mereka menuduhnya sebagai makanan sarapan paling tak berkhasiat di muka bumi?

Nanti-nanti aku sambung.

4 Responses to “Bapa Mi Segera Sedunia - Momofuko Ando”

'ainrahimin said...

pjgnye cite, tp awal ngan akhir je ada cite nasi lemak...hukhuk

ni y lapar, nak gi mkn nasi lemak biasa ngan air suam segelas....

lalalalala
nyum3

fafarafa said...

errr....tetiba aku musykil. ko masih bercuti dengan gaji ke sampai banyak betul masa untuk buat kajian pasal nasi lemak & mi megi yang sedap dimakan nih???



tetiba rasa macam nk makan megi ayam. hahhahahaha

Adeqq said...

ape yg FengFK tu cube sampaikan? sumpah x faham..

kenape asek cite pasal nasik lemak ngan megi eh?

ainunL muaiyanah said...

Ye.. saya baca ji fat dalam alam perwira masa kecik kecik dahulu!

Powered by Blogger.