Ini Harta Bill Gates yang Punya

Tuesday, August 25, 2009 · Posted in

Aku dapat emel, Bill Gates nak kongsi dia punya harta. Aku rasa emel ni kali ke-8,000 kot. Banyak sangat dah.

Caranya mudah, kau cuma perlu forward-kan emel tu dan kemudian tunggu ratus ribu USD masuk dalam akaun kau. Aku tak taulah pula macamana Bill Gates nak masukkan duit tu dalam akaun aku. Setahu aku, masa daftar emel dulu, tak ada pula aku masukkan akaun Maybank2u. Apatah lagi akaun Tabung Haji.

Untuk menambahkan lagi keyakinan orang ramai dengan kesahihan emel tu, dikepilkan sama testimoni penerima harta Bill Gates ni. Antaranya ialah pegawai-pegawai kerajaan Malaysia. Siap nama penuh, jabatan, nombor telefon dan bagai lagi...

Tapi bukanlah semudah itu untuk menipu anak buah Leftenan Horatio. Gatal tangan aku emel sorang responden. Betul ke dapat duit rib-rib?

Tup tup. Dia jawab. Cuba sajalah. Mana tau ada rezeki. Hehe.

Loh, dapat pun tak pernah. Testimoni macam pakai BMW 5 Series. Cet.

Senang cerita macam ni lah. Apa kejadah Bill Gates (selaku taikun terkaya di dunia) nak buat kerja bodoh macam ni. Bagi duit tak tentu pasal. Bayangkan yang forward emel tu pengganas, tak ke pasal-pasal Bill Gates tu bagi duit free kat diorang dan dituduh menaja keganasan.

Aku taulah korang nak kaya. Tapi bab forward-emel-dan-anda-kaya ni memang aku tak boleh nak terima.

Ok, soalan.
Bayangkan korang kaya macam Bill Gates dan rasa nak derma duit korang yang banyak tu. Apa korang buat?

10 Responses to “Ini Harta Bill Gates yang Punya”

'ainrahimin said...

kadang2 tu rasa tensen gak, asyik nak kena delete email yang tah pape, tgk new email...waaaa...byk nye email masuk, sekali bukak inbox, huh...hampehnya...

CAHAYA MATA said...

ehh..kalau dpt duit banyak, tentulah guna utk kepentingan diri sendiri dan keluarga..cukupkan apa yg tak cukup lagi..

well, duit memang tak boleh beli semua perkara tp duit boleh mengubah bnyk perkara..hehehehe..

fafarafa said...

tak terbayang. sebab aku tak kaya macam Bill Gates pun. hahhahahaha

ayobkelubi said...

eh lan

kita satu batch lah akademi CSI MIAMI,

ko kelas mana eh?

kena lecturer nama calliegh yg AMAT BESAR cun tu tak?.

tak sangka ko pun anak buah HORATIO CAINE.

bila kita nak wat reunion?.

kel@mbu said...

ain;
haha.. emel sekarang pun dah tak privasi. banyak sungguh spam.

cahayamata;
huh. kapitalis. :P

fafarafa;
tak kaya macam gates, mcm tauke maiden pun ok. hahaha.

ayob;
batch csi sungai buloh. tapi masa belajar dulu memang bawah sifu horatio. direct from miami. wo!!

Adeqq said...

kalo kaye, sedekah la kat anak yatim ke, org susah mcm bersamamu tuh. xde nak emel2 cenggitu.. tu cam sengal plus bodo je. hahaha

kel@mbu said...

adeqq;
hahaha. betul. Lagipun Gates memang dah ada yayasan sendiri, Gates & Melinda Foundation untuk bantu orang susah. jadi semua emel tu absolutely busted! ;)

aie akaike said...

belum cuba belum tahu...

tuantanah said...

Ahaha.

Saya pernah dapat ni dari kawan, saya reply balik kat dia:

"Kalau ko dah dapat duit, cakap kat aku eh."

Sampai sekarang dia senyap je.

Anonymous said...

itu hari gua ada jumpa Bill Gates, dia pesan kalau aku dapat emel macam tu, dia suruh forward kat dia jugak sebab dia teringin juga kat ganjaran duit tu, at least boleh bayar bill letrik sebulan

Pomen seksyen7

Powered by Blogger.