Sedarlah, Ada Dua Pertubuhan di Indonesia Beraya Dua Hari Lebih Awal Daripada Malaysia

Monday, September 14, 2009 · Posted in

Lagu raya dah mula berkumandang-mesin duit tiba-tiba orang beratur panjang sambil jeling-jeling kiri kanan takut ada penjenayah-jalan jem bukan main macam kat Manhattan-kuih dah mula penuh atas meja ofis selepas harungi 3-4 kali pemindahan-kad raya belum tentu satu dapat-apa barang, sekarang zaman sms/mms-selamat tinggal kapitalis kad-pusat servis hari-hari penuh, kereta mau kasi tip top-drebar bas dah mula beli Radix dan Red Bull untuk siap sedia 3-4 trip satu hari-masing-masing senyum lain macam tunggu masa nak pakai baju raya harap-harap tak terbakar di tapak seterika pada pagi raya-yang tak berapa berduit pakai baju tahun lepas saja-bagi si kahwin, anak-anak dan isteri diutamakan-buat si bujang, poket diutamakan-ayam lembu dah risau dikorbankan-tauke Cina, Melayu, India syok sakan dapat duit lebih sebab bisnes laku ini bulan-ada lagi ke yang tulis blog-sebab hati dah terpelanting ke kampung.

*tajuk di atas sekadar hiasan dan tiada kena mengena dengan entri.

4 Responses to “Sedarlah, Ada Dua Pertubuhan di Indonesia Beraya Dua Hari Lebih Awal Daripada Malaysia”

CAHAYA MATA said...

tajuk punya laa international..!! hehehehe...

SELAMAT HARI RAYA.. jangan beraya di dalam kelambu sahaja yer.. ;-p

ainunl.muaiyanah said...

encik kelambu, selamat hari raya. urm. dapat cuti raya tak? hehe

jowopinter said...

Wah!

Anonymous said...

encik kelambu, selamat balik raya dan balik alostaq dengan selamat..malam raya best pi menyibuk kat pekan rabu beli kuih raya.hiks

Powered by Blogger.