Tak sampai dua minggu lagi bulan Disember nak habis. Bermula 1 Januari 2010, umur kita bertambah lagi kalau diikutkan kepada prinsip pengiraan umur orang Melayu (yang gemar menggenapkan semua perkara).
Tapi kalau diikutkan prinsip matematik dan undang-undang, usia kita cuma dikira genap bila tiba tepat tarikh lahir.
Contohnya, kalau kau bunuh orang sehari sebelum usia kau genap 18 tahun, maka terlepaslah kau daripada hukuman mati. Tapi itu bukanlah bermakna aku suruh kau bunuh orang (diulangi: CONTOH).
Tapi kalau diikutkan prinsip perubatan, umur kau perlu ditambah selama 9 bulan lagi (bagi mereka yang lahir cukup bulan), diambil kira saat kau bergulung di dalam rahim ibu. Jadi kau memang jauh lebih berumur daripada usia sebenar.
Tapi, itu pun cuma prinsip umur di bumi. Menurut saintis angkasa lepas, pusingan bumi sebenarnya mempengaruhi umur manusia. Di zuhrah atau kejora, planet jiran kita itu berputar mengelilingi orbit cuma 224.7 hari di bumi. Ini bermakna kalau kau ada adik yang tinggal di zuhrah, selepas beberapa tahun dia pulang ke bumi, mungkin kau perlu panggil dia abang kerana umurnya jauh lebih tua.
Tapi, bayangkan pula kau ada adik yang tinggal di pluto yang mengelilingi orbit selama 90,613.305 hari di bumi. Siapa nak jawab?
Lagi, bayangkan pula berlaku malapetaka di bumi dan manusia menjadi dungu hingga mengubah kalendar peradaban manusia daripada setahun 12 bulan kepada setahun enam bulan saja. Mungkin masa tu kau akan masuk universiti semasa umur 34 tahun dan pencen kerja pada usia 112 tahun.
Ok, cukuplah tu. Aku nak cuba sambung studi teori Einstein pula ni.
ps: Terima kasih semua atas ucapan lahir. I lap U!!
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
2 days ago
8 Responses to “Sedikit Tentang Umur Berdasarkan Prinsip Cakerawala”
haha..
gila tinggi pemikiran kau..
tu sume no je kan..
Selalu orang kata, apa ada pada nombor. Tp kalo orang gila nombor ekor (misalnya) nombor adalah segala - galanya. Er.. ada tak dalam Teori Einstein?
Selamat Hari Lahir Terlambat, semoga panjang umur, murah rezki dan muda sokmo. Hehehe...
ho dh giler..! jgn merepek sgt.. esk 21/12/09 aku entertain ko..kiter jln2 ngn adik..hahaha.
betul.. gila tinggi tahap pemikiran.. banyak makan kismis kot ek..
nasib baik aku idup zaman skang. hahhahahah
oleh kerana aku telah menuntut ilmu
pelemas urat dan suria bersembilan
tahap tertinggi dari zaman singa ganas
jejak wira lama dan baru
ditambah pula dengan kitap kekal hayat dan cetak tidak mati apa ada hal
keh keh keh...
*bagus punya info ko kelambu*
ahahha..kelaka.
menarik
Post a Comment