Tandas Awam Malaysia - Realiti atau Fantasi?

Tuesday, January 05, 2010 · Posted in

1. Mukadimah, tidak ada manusia mana pun dalam dunia ni yang hanya berak dan kencing di rumah saja. Secara normal, manusia akan terasa mahu kencing setiap 4-5 jam. Jadi kita akan kencing sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Berak pula, atau dalam bahasa yang lebih sopan buang air besar, kita akan lakukan perkara paling privasi dalam dunia itu mengikut kuantiti dan jenis makanan yang dimakan sehari-hari. Ada orang berak tiap-tiap hari, ada dua kali sehari dan ada yang seminggu sekali. Kencing dan berak adalah sebahagian daripada kehidupan manusia.

2. Tapi, aku bukan nak ulas pasal kencing dan berak, aku nak ulas pasal tandas awam di Malaysia di segi fungsi dan reka bentuk. Juga tips-tips rekaan tandas awam yang sesuai di negara kita.

3. Mengulas mengenai tandas awam Malaysia, kita sering merungut dengan tahap vandalisme dan kerosakan fungsi tandas.

4. Antara tahap vandalisme yang sering kita lihat di tandas ialah contengan lukisan dan teks lucah termasuk khidmat nombor telefon bohsia-bohjan-bapuk. Kerosakan fungsi tandas yang biasa berlaku pula seperti pam rosak, air melimpah keluar dari mangkuk jamban, tak ada paip pili, pelapik jamban duduk tertanggal, selak tandas rosak (tambah lagi kalau ada).

5. Justeru, melepas hajat di tandas Malaysia bukanlah sesuatu yang membahagiakan.

6. Cara mengatasi tahap vandalisme adalah dengan pendidikan di rumah dan sekolah. Aku rasa perkara ni sedikit sebanyak sudah nampak hasilnya. Kalau korang perasan, berbanding 10-20 tahun dulu, tandas awam sekarang sudah kurang diconteng. Kalau dulu, asal aku masuk tandas awam mesti ada conteng. Conteng pula penuh dinding, pintu, dan peti pam. Kau habis berak pun belum tentu kau dapat baca semua yang ditulis dalam jamban tu.

7. Sekarang masalah baru yang berlaku adalah fungsi tandas yang mula uzur dan tidak sesuai dengan budaya Malaysia (rujuk perkara 4). Aku syak perkara ni berlaku kerana kurang penyelenggaraan selain fungsi tandas yang kurang menepati ragam kencing berak rakyat Malaysia.

8. Fakta ini dikuatkan lagi dengan statistik yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara yang paling teruk melaksanakan hal ehwal penyelenggaraan awam. Lif jahanam, lampu isyarat padam, papan tanda jalan terbalik, mesin tiket tren rosak dan banyak lagi. Dalam hal penyelenggaraan, Malaysia lebih gemar mengamalkan konsep 'Pakai Sampai Lebam' atau 'Ada Orang Mati Baru Tukar'.

9. Malangnya, sehingga kini tak ada lagi orang mati akibat guna tandas awam di Malaysia kecuali beberapa kes buang anak dan beromen dalam tandas. Itu tak ada kena mengena dengan fungsi tandas awam. Jadi pihak berkuasa berasa selesa dengan apa yang ada sambil menjerit: Lihatlah dunia, kemudahan awam kami kelas pertama!

10. Kelas pertama taik kucing! Nanti aku sambung pula ulas pasal reka bentuk tandas berbudaya Malaysia.

5 Responses to “Tandas Awam Malaysia - Realiti atau Fantasi?”

'ainrahimin said...

terkesima membaca...entah ke mana harus mengadu psl ini...

biskott said...

benci gila kalau nak masuk tandas kena bayar tapi tandas hampeh kotor giler busuk gila tak boleh masuk langsung.

err paling taik kucing bila tandas lengkap tak rosak segala tapi pengguna tak flush/tak bersihkan langsung mangkuk tandas lepas guna. err mungkin cerita lain, tapi rakyat Malaysia sendiri masih ramai yang tak ada kesedaran sivik. haish.

Hambali ® said...

1Malaysia jenih tak reti guna jamban ....

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

tandas awam di malaysia ada gay
tandas awam di malaysia kalau bebayar pun rasa macam nak cuci tandas dulu baru melepas

tak boleh pasang KELAMBU dan tidur kat situ

rinzraime said...

aku setuju.. toilet kat malaysia nih memang menjijikkan sesetengahnya..
aku tau kenapa, sebabnya rakyat kita nih pentingkan diri sendiri aje,janji dah qadha hajat depa.. cuba check kat rumah masing2, ada tak mcm ala-ala toilet awam..hahah, confirm takde...

Powered by Blogger.