Siri berdiet dengan steady I

Wednesday, April 06, 2011 · Posted in

Anda perlu menjadi karnivorus untuk mengamalkan diet Atkins.

Sekarang aku sedang berdiet atau dalam faham orang kita bermaksud mengurangkan berat badan. Ya, boleh saja cakap aku suka-suka dan boleh juga cakap aku serius.

Ada beberapa sebab yang memaksa aku berdiet. Pertama, seluar aku banyak sudah ketat dan aku malas mahu beli seluar baru. Kedua, aku berasa kurang selesa pada bahagian perut ketika mahu pakai stokin sambil duduk atas kerusi. Ketiga, aku mahu cuba metod diet ekspres diperkenalkan Robert Atkins, sekali gus menafikan segala macam kaedah melangsingkan badan dengan minum jus MLM atau ambil ubat pelangsing yang mampu merabakkan poket aku. Terpengaruh dengan Mythbuster mungkin.

Ya, tak salah rasanya aku mulakan semula kegilaan aku, sama seperti aku pernah tak makan selama sehari dulu semata-mata untuk menguji abiliti perut aku berlapar.

Dan bagi pencinta makanan macam aku, hari-hari tanpa nasi, teh tarik dan roti canai adalah antara perkara paling menyeksakan dalam hidup ini.

Nanti aku rebiu diet aku.. Steady!

14 Responses to “Siri berdiet dengan steady I”

habsahharun said...

kalau tak makan nasi, berat memang turun gile2...aku dah pernah buat.
selamat berdiet dengan steady!

mtbink.com said...

Karnivorus? Maging? Yeayyy... Sertailah Kelab Anti Sayur (KAS) http://www.facebook.com/kelabantisayur

Ellie Best said...

apa blood type kelambu?

therosputih said...

go kelambu go...hehehe...steady beb!!!

Pnut said...

Akak buat atkins 3 minggu mmg turun sampai 5kg...

tp kemudian stop atas nasihat dietician, ada byk pro and cons diet ni.. so after a few arguement dengan doktor dan dietician, akak tak continue, sebab pada pesakit hig blood dan low potasium atkins tidak digalakkan..

then akak buat low kalori diet, every single food aku kira kalorinya dik oi... ptg2 pegi briskwalk setengah jam..

total 2 bulan 12kg hilang...

proud to be me...aahahahahah poyo sikit

i'msosupernotcool said...

steady!!

aku pon da ade rase tak selesa time nak pakai stokin tu.
haha.

Zai BPA said...

baru2 nih aku naik smpi 5kg beb d sbb kn mengambil minuman 3in1 berterusan selama 2 bulan.. hampeh nye 3in1.. skrg aku ban 3in1... 3in1 ni lg bahaya dr minum teh tarik kat mamak... atas sbb aku nih pemaleh nk exercise, so dlm masa 2 bulan ni aku mkn mlm x lebih dr 10kali.. nasi tetap amek tp tnghari je... bekpes wajib... tp, bekpes n lunch masa kat opis aku minum air suam semata... kat umah pon.. air maneh hanya minum time aku lepak dgn member2 je... seminggu ada la 4kali lepak luar (maklum la org bujang)... dan buat sit up yg simple tiap2 hari (dah brisk walking n joging pon maleh) .. so aku berjaya turun kn 4kg dlm masa 2 bulan.. mmg x mkn nasi bole turun cepat berat badan.. tp kalo aku tanpa nasi? konpem aku pitam.. low BP la kata kn... selain dr diet yg x mkn nasi, diet no sugar pon brkesan.. tp nasi ni ada vitamin B12 dimana susah nk dpt kat mana2 mknn... tu la nasihat yg doktor bg bile aku cuba dgn gigih kurang kn mkn nasi dan BP aku drop.. gud luck.. semoga ko x senak semasa memakai stokin nanti..

Anonymous said...

share jangan tak share!! wa mau turun 10 kg gak ni..adoyai..haha!

prof nik said...

bagus2. ada mission. nko diet utk nak kawin kan2.. takut pelamin roboh kan2. amek la juice max 5 dr romzy ke rosmy... hahaha

Kap said...

bye bye mamak.

Unknown said...

habsah;
ni bukan setakat nasik.. segala keturunan carbo tak makan.. amacam?

mizi;
sorry. aku makan sayur jugak. ahaks..

ellie;
aiseh. serius tak ingat. rasanya ab kot..

ros;
steady!!

pnut;
low blood macam saya sesuai kot. tapi, sebenarnya paling selamat memang diet kalori rendah..

Unknown said...

supernotcool;
tunggu apa lagi. angkat besi jom!

zai;
4kg dalam 2 bulan kira lambat tu. masih tak ekstrem. haha!

anony;
10kg makan masa sikit la.. kena tambah work out.. baru steady!

profnik;
tak ada maknanya. kan aku dan bagitau. aku nak pecahkan mitos kurus dengan minum pil atau jus pelangsing. kau sebenarnya tak payah ambik pun benda tu. cuma perlu fokus, disiplin dan steady..

kap;
tak kot. sup mamak paling power. ayam tandoori pun..

rinz raime said...

diet...? to die without the T..
anyway, apa kata kurangkan je makan nasi dll dan makan buah + sayur je byk2..
tp aku pun nak kena start diet jugak la..
bukan takat pakai stokin, nak tunduk sambil duduk pun sangkut dgn limpahan2 lelemak..

Unknown said...

rinz;
buah pun tengok jenis jugak. kalau nak kurang cari buah yang rendah karbo.. selamat mencuba!!

Powered by Blogger.