Kita yang rasis

Thursday, December 01, 2011 · Posted in , , ,


Tipulah kalau kau cakap kau tak rasis. Tidak perlu kau dengar ucapan persidangan UMNO, Pas, PKR ataupun DAP untuk mencari di manakah rasisnya politikus kita.

Bagi aku, politikus dan kita sebenarnya sama saja. Kong kali kong. Contoh mudah, bila kita dengar ada eksiden, jenayah, musibah atau apa-apa berita buruk, satu soalan yang wajib ditanya ialah: "Eh, yang mati tu Melayu ke Cina?"

Selagi kau tak boleh elak daripada bertanya soalan macam tu, sama ada secara terang ataupun terdetik dalam hati, selagi itulah kau tak boleh nak cakap kau jenis yang tak rasis langsung.

Terpulanglah kalau kau rasa perkara ini tak ada poin, kes berat atau tahap membimbangkan tapi OK, namun hakikatnya, soalan yang jelas rasis ini sudah menjadi psych dalam diri kau secara tanpa sedar.

Cuma satu saja berita buruk yang kita takkan tanya soalan rasis macam atas tu, iaitu berita tangkap khalwat. Dan inilah salah satu didikan mulia Metro. Ceh.

One Response to “Kita yang rasis”

Amyz! said...

tak banyak, mesti ada sikit sifat rasis dalam kita.

cuma bukan di tahap yang membimbangkan. tahap paranoid. tahap merbahaya.

baik ko duduk satu puak kau di kutup utara nun, kalau tak mahu hidup berbilang bangsa , agama.

Powered by Blogger.