Pasal pendidikan dan percuma

Thursday, April 19, 2012 · Posted in ,


Kadang-kadang kita lupa, dulu ketika bumi ini belum lagi menjadi benua-benua, pendidikan itu percuma. Allah mengurniakan alam sebagai guru kepada moyang-moyang purba kita. Mereka belajar tentang membuat senjata, memburu, bercucuk tanam dan mendirikan tempat tinggal.

Hasil daripada pendidikan percuma itu, lahirlah beberapa individu yang punya beberapa kelebihan berbanding individu lain. Ada yang pandai membuat senjata, ada yang mahir memburu, ada yang bijak bercucuk tanam dan ada yang pakar mendirikan tempat tinggal.

Di sini, manusia mula faham tentang batas ilmu dimiliki mereka, betapa mustahil seseorang manusia itu menguasai semua cabang ilmu. Justeru, konsesi berlaku dan mereka belajar berkongsi. Aku buat senjata untuk kau, kau pergi memburu untuk aku. Kau tolong aku buat senjata, aku tolong kau pergi memburu.

Pada 385SM, manusia Greek bernama Plato menubuhkan Akademia di Athens, Greek, yakni institut pengajian tinggi pertama di dunia Barat yang menjadi asas kepada perkembangan sains dan falsafah di Barat dan dunia amnya.

Namun, lama sebelum Akademia ditubuhkan, guru Plato adalah Socrates, ahli falsafah yang memilih untuk mati minum racun kerana mempertahankan intelektual dan kebenaran yang dipercayainya. Dan selepas Socrates, setiap ilmuwan yang mati kerana mempertahankan intelektual dan kebenaran pasti menjadi legenda yang dikenang.

Jangan lupa, tidak jauh dari rumah kau, ada tempat bernama Gerik (disebut Grik) di Perak. Mungkin itulah alasan paling tidak mitos untuk membuktikan tentang Iskandar Zulkarnain dan askar-askarnya pernah mendarat di sini dan melahirkan keturunan raja-raja Melayu yang kemudian dimuliakan manusia-manusia sebelah rantau sini melebihi nabi mereka sendiri (ok, abaikan paragraf antiplot ini).

Dan daripada Akademia inilah terwujudnya asas kepada ilmu-ilmu moden yang membantu manusia membina tamadun. Karya-karya Greek (atau Yunani) ini jugalah yang dikaji sarjana Arab dan Parsi hingga mencetuskan zaman keemasan Islam di Baghdad pada abad pertengahan.

Imam Syafii ketika berkelana dari Mekah ke Madinah untuk menuntut ilmu dari Imam Malik diriwayatkan menggunakan lidi yang dicelup air liur untuk menulis nota-nota kitab Muwatta' karangan Malik.

Malik merasa sungguh jelik dan pelik dengan perbuatan Syafii dan bertanya: "Apa hang buat tadi?"

Syafii jawab, "Aku menulis nota wahai guru"

Malik pun datang tengok tapak tangan Syafii dan dakwat air liur yang ditulis sudah kering. Tapi, belum sempat Malik fikir bukan-bukan, Syafii sudah terlebih dahulu hafal dan baca semula apa yang diajar Malik.

Bermula sebatang lidi dan air liur, Syafii kini adalah imam besar dalam kalangan umat Islam mazhab Sunni. Dan di sebalik kesarjanaan itu ialah tiada riwayat mengatakan Imam Malik mengenakan yuran pengajian untuk kuliah-kuliahnya.

Namun, apabila dunia menginjak moden dan tanah mula dipetak-petakkan dengan nama negara, pendidikan mula menjadi eksklusif.

Pada zaman Abbasiyah, jika kau dari Rom, kau masih boleh ke Darul Hikmah di kota Baghdad dengan berbekalkan semangat dan seekor kuda untuk menuntut ilmu. Pada zaman Melaka, Hang Tuah belajar silat dengan Adiputra di Gunung Ledang dengan berbekalkan sampan dan keris.

Namun, jika sekarang kau mahu belajar kejuruteraan di Jerman dengan berbekalkan semangat dan seekor kuda atau sampan dan keris, kau bila-bila masa boleh saja tercampak di penjara Guantanamo atau mana-mana pusat sakit mental sekitar Eropah atas dakwaan pendatang haram atau pengganas muka coklat yang tidak waras.

Jadi, manusia moden hari ini mula belajar satu perkara, seperti difahami Dr M, pendidikan percuma itu adalah fiksi semata-mata.

Namun, kadang-kadang kita lupa, dulu ketika bumi ini belum lagi menjadi benua-benua, pendidikan itu percuma.  Allah mengurniakan alam sebagai guru kepada moyang-moyang purba kita. Mereka belajar tentang membuat senjata, memburu, bercucuk tanam dan mendirikan tempat tinggal.

7 Responses to “Pasal pendidikan dan percuma”

ayobkelubi said...

lu sejak kawin ni bro. ayat makin mantap. boleh gua berguru?

AinNur Haris said...

Ni nak cerita apa sebenarnya.....?

Nak cerita perenggan pertama & terakhir tu je kannn..hehehe..
.
.
.
.
.
*tp..terbaekkk..terbaekkk.. :)

Arapaima Gigas said...

Sedara lanzo nmpknya terpengaruh ngan sejarah ciptaan yahudi.....bila masa kita ni ada moyang purba....takan manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s manusia purba kot.....kembalilah ke jalan yg benar....wallaualam.....

Cek P said...

hmm pasal manusia purba x sure laa plak..

tp rasanyer ade cite pasal Qabil dan Habil bersaudara yang berbunuhan..pastu Allah turunkan ilham melalui burung untuk tunjuk cara nk kuborkan mayat dlm tanah..

itulah 1st time manusia di ajar untuk mengebumikan mayat..

Yang lain2...kna bc byk lg kot..
Mcm mana Nabi Adam survive kt bumi.
Wallahualam..

Unknown said...

AyobK;
Biasalah, berguru dengan alam. Haha..

CahayaM;
Tengah eksperimen entri tanpa cerita jelas. Kalau confuse tu kira betullah tu..

ArapaimaG;
Adik, Perakman (manusia purba) yang berusia antara 10-11,000 tahun bukan ditemui oleh orang Yahudi, tapi Prof Islam dari USM.

Adik, antara fosil manusia purba adalah Cro Magnon, berusia 35,000 tahun. Kalau ada duit, terbanglah ke Musee de l'Homme di Perancis untuk tengok sendiri tengkorak tu.

Adik, purba tu bermaksud yang dulu-dulu, lama etc. Nanti kalau bumi belum kiamat 10,000 tahun lagi, kita pun akan digelar manusia purba walaupun ada Facebook dan Twitter.

Adik, rentang masa dari Adam ke Isa ialah lebih kurang 5,000 tahun. Tapi adik boleh abaikan sebab ini riwayat Israiliyat.

Adik, Ketika Allah beritahu malaikat rancangannya mencipta Adam, malaikat kata (bukan terjemahan tepat), kenapa kau ciptakan manusia yang akan saling BERMUSUHAN dan MEMBUNUH?

Dan Allah jawab, aku lebih mengetahui daripada kalian.

Baca respon malaikat dan baca jawapan dibalas Allah dan selamat berfikir! ;)

Unknown said...

CekP;
Semuanya betul. Adam wujud. Orang batu pun ada.

Anna said...

lari plot betul la komen2 ni.

berbalik kepada plot awal;
melalui sejarah hidup Imam Syafie, aku sangat terharu betapa mulianya guru-guru agama zaman dahulu yang menempelak apabila dianggap mengenakan bayaran kepada pelajarnya. Tapi mereka boleh 'survive' (rezeki dari Allah) kerana pelajar yang kaya menderma kepada guru agama mereka. Sungguh indah senario menuntut ilmu zaman Imam Shafie. (Aku baca buku ttg Imam syafie ja)

Ya pendidikan dahulu memang percuma. Ikhlas dari hati. Bukan aku kata jangan bayar gaji cikgu agama ka apa, tapi aku yakin pendidikan percuma bukan mitos.

Powered by Blogger.