Apabila Melayu berniaga

Friday, June 01, 2012 · Posted in , ,



'Skim Pinjaman Kewangan Khas untuk Bumiputera Sahaja.'

Tulis satu pamflet bersaiz A4 di dalam peti surat. Aku tak baca sangat pun, sebaliknya terus renyuk dan simpan dalam poket untuk dibuang dalam plastik sampah di rumah. Sekarang kau boleh bayangkan betapa aku cintakan alam sekitar.

Hari ini jika kau buka peti surat, kau akan lihat berlambak-lambak pamflet berniaga yang menggunakan kata Bumiputera sebagai pelaris, promo dan propaganda perniagaan. Tidaklah pula aku pernah terbaca sebarang statistik yang mendakwa penggunaan kata Bumiputera mampu mempengaruhi tahap sukses sesebuah perniagaan di Malaysia.

Malah, kalau aku orang Cina, sumpah aku takkan masuk kedai yang ada notis 'Bumiputera'. Ini samalah seperti kau (Melayu) baca papan tanda McDonald's, 'Ciptaan Yahudi untuk Kegembiraan Dunia' atau iklan Genting Highlands, 'Taman Tema milik penuh orang Cina'.

Dalam real bines, setiap orang adalah pelanggan tanpa mengira agama, bangsa, warna kulit kerana semua mereka berpotensi memberikan kau untung. Ini konsep mudah bisnes yang kau perlu faham dan hadam dan diamalkan oleh banyak bangsa dunia yang punya reputasi hebat dalam perniagaan (Arab, Yahudi, Cina). Malah, kata Bumiputera tidak membawa makna apa-apa jika produk/servis yang dijual itu berstatus sampah.

Atau mungkin juga aku perlu bersangka baik. Sekarang aku cuba fikirkan, mungkin skim pinjaman Bumiputera itu adalah kempen sebuah syarikat bukan Bumiputera (maklumlah, Bumiputerakan banyak berhutang).

Namun, sedang jenuh aku berfikir, aku ternampak sebuah warung kampung yang kelilingnya dipacak penuh bendera Barisan Nasional dan UMNO.

Dan aku putus asa tiba-tiba...

6 Responses to “Apabila Melayu berniaga”

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
kalau dipacak penuh bendera pkr

Unknown said...

sama saja bro. dua-dua aku tak pergi. kahkahkah.

sUe said...

kadang2 tak faham...bukankah kalau letak "untuk bumiputera saja", si peniaga tu dah me'limit'kan keuntungan yg dia mungkin boleh dpt? elok2 org cina atau india nak beli, tgk status tu terus tak hingin nak beli.

dalam berniaga, sepatutnya fikir nak jual saja...pada siapa saja yang mampu nak beli...tanpa mengira bangsa.

Unknown said...

betul. ikut sukalah kalau nak jadi fanatik kaum atau politik kepartian, tapi janganlah sampai dibawa ke premis niaga. ia mesti kekal neutral (kecuali kau memang buka kedai cenderamata parti). realitinya, tak adapun kedai cina yang gantung bendera dap atau mca, kecuali markas politik dia orang.

ruslina said...

unless kalau memang target dia bumiputera.. contohnya kalau di shah alam mmg majoriti bumiputera so target dia mmg kena. and secara normalnya bumiputera condong beli barangan bumiputera sebagaimana china condong membantu kaumnya sendiri.

tapi kalau pamplet tu letak kat kawasan cina mmg kurang bijak la.

Unknown said...

sebenarnya, kalau nak nampak kedai tu bumiputera, cukuplah dengan nama syarikat dalam bahasa kebangsaan. tak perlu pun ada notis bumiputera ke apa, nampak macam inferioriti.

Powered by Blogger.