yang ku kata sayang 2

Friday, July 13, 2007 · Posted in

-YANG KU KATA SAYANG 2-

Mahu saja dia berjumpa Joned, kawan baik dia yang kerja pomen di Bengkel Chong Mei dan beritahu tentang masalah diri. Tapi tidak jadi. Dia tahu Joned akan gelakkan dia sesunggguh hati. Dia tahu Joned akan mengutuk dan menghamun dia.

Dia cuba mengingat. Dia kenal Shida baru 3 bulan. Dia sayangkan Shida gila-gila. Dia tahu juga Shida pun sayangkan dia. Gila-gila juga. Cuma dia tidak boleh lupa apa yang Shida beritahu malam tadi. Dia murung. Rasa tertekan. Dia rasa sedih. Rasa tertipu. Rasa diperdaya. Rasa bodoh. Babi. Babi. Babi. Maki Jeri pada diri sendiri.

Jeri keluar. Ambil kunci Sonata dan pecut laju-laju. Dia nampak ada makcik tua mahu melintas. Dia hon kuat-kuat. Makcik tu terkejut. Habis berselerak bakul dibawanya. Sayur sawi, kobis bunga, peria, belimbing buluh, keledek, daun sup, bendi, kacang panjang, lobak, daun kari, cili api, bayam, kangkung, petola, terung, nenas, petai, kerdas, asam keping, cili kering dan macam-macam jenis sayur lagi terpelanting. Hantu sayur ke apa makcik ni? Hahaha. Jeri gelak kuat-kuat. Dia suka.

[bersambung..]

Powered by Blogger.