yang ku kata sayang 4

Monday, July 23, 2007 · Posted in

-YANG KU KATA SAYANG 4-Berkali-kali Jeri cuba meyakini bahawa Shida perempuan baik. Cakap mak, Jeri kena selalu berprasangka baik sesama manusia dan redha pada ketetapan Tuhan. Sebab itulah Jeri percaya sesungguh hati bahawa Shida perempuan baik-baik. Shida bertudung. Shida petah berbicara. Shida si gadis funky yang happy go lucky. Itu yang buat Jeri cintakan Shida gila-gila. Sungguh-sungguh. Dan Jeri tahu pilihannya tidak silap.

Tapi bila mengingatkan apa yang Shida beritahu malam tadi Jeri jadi nanar. Dia tekan pedal Sonata rapat-rapat. Dia terlanggar amoi naik basikal baru balik dari sekolah. Basikal amoi tu terhuyung hayang sebelum terhumban jatuh ke dalam semak.

Habis terpelanting dua batang pensil Staedler. Pengasah pensil. Pembaris besi 15 sm. Pen Kilometrico. Liquid Paper. Pemadam Faber Castell. Buku teks Matematik Tambahan. Buku teks Kimia. Buku Teks Biologi. Buku latihan. Majalah hiburan Cina. Kalkulator. Tuala wanita Whisper. Tupperware isi nasi. Baju rumah sukan. Seluar trek.

Jeri rasa nak tergelak tengok aksi amoi terpelanting dan terkangkang sehingga menampakkan seluar dalam. Warna putih dan corak tompok-tompok hitam. Tapi selepas tengok amoi tu diam tak terkutik Jeri mula rasa cuak. Cemas. Dan cepat-cepat dia tekan pedal dan memecut laju. Dia berdoa minta amoi tu selamat.

[bersambung..]

Powered by Blogger.