yang ku kata sayang 5

Friday, August 03, 2007 · Posted in

-YANG KU KATA SAYANG 5-

Satu malam Shida beritahu Jeri. Saya bukan gadis lagi. Saya gadis ternoda. Masa silam saya sangat hitam. Saya biseksual. Minah clubbing. Kaki minum. Layan ectacsy. Saya pernah mengandung dan gugurkan anak. Saya berdosa pada Tuhan. Pada awak.

Shida menangis betul-betul. Jeri nampak mata Shida merah berurat. Hingus keluar meleleh di lubang hidung. Cair dan bertali-tali. Jeri tergamam. Kelu. Bisu. Fikiran dia bercampur baur. Bergelodak. Antara rasa marah. Kasihan. Tertipu. Kecewa. Sakit Hati.

Jeri sayangkan Shida gila-gila. Dia tahu juga Shida pun sayangkan dia. Gila-gila juga. Tapi kenapa Shida ceritakan masa silam dia yang gelap. Dia lebih rela Shida tak ceritakan apa-apa pun. Dia hanya mahu tahu Shida perempuan yang diciptakan untuknya. Shida yang mencintai dia gila-gila. Sangat-sangat.

Pergi mati dengan kejujuran. Jerit Jeri kuat-kuat. Kejujuran apa macam tu. Shida tak tahukah yang saban malam dia akan termimpi-mimpi jantan-jantan dan lesbian-lesbian yang rosakkan Shida tu datang dan memaki hamun dia? Berbakul-bakul. Shida tak tahukah saban malam dia akan termimpi-mimpi jantan-jantan dan lesbian-lesbian tu sedang berasmara dengan Shida dengan pelbagai skil Kamasutra, Tongkat Nakhoda, Permata Yang Hilang di depan matanya? Shida tahu tak? Jeri tahu Shida tak pernah tahu pun sebab dia sendiri pun tak pernah cerita apa yang dia selalu mimpikan saban malam. Yang Shida tahu hanya kejujuran. Kejujuran. Kejujuran. Pergi mati dengan kejujuran! Jerit Jeri kuat-kuat.

Jeri bengang. Jeri buka radio. Sharifah Aini tengah menyanyi lagu lama, Hatiku Dicuri Lagi.

kau sungguh jujur jejaka..
tidak pandai berpura..
ingin memilikiku..
sepanjang hayatmu..

Kejujuran. Kejujuran. Kejujuran. Pergi mati dengan kejujuran. Jerit Jeri kuat-kuat. Dia tendang dek audio Kenwood dengan kaki kiri sampai tertanggal pemulas volum.

[bersambung..]

Powered by Blogger.