sayonara, satu kata mudah yang payah dilafazkan

Saturday, August 11, 2007 · Posted in

SAYONARA, SATU KATA MUDAH YANG PAYAH DILAFAZKAN
[SELAMAT TINGGAL, WORDS THAT I FEAR BUT IT'S HARD TO SAY]

Hari terakhir aku di Kilang Besi Singa. Masuk saja ofis hari ni aku rasa fiil semacam.

Lepas ni tak dapat lagi aku nak speaking Pua Chu Kang dengan Mr Teh. Walaupun aku sedikit tak puas hati sebab dia markahkan level komunikasi aku pada tahap lemah. Tapi dia juga yang ajarkan aku betapa dalam komunikasi istilah grammar dan fonologi bahasa sudah jatuh nombor 18 [aku main letak je nombor ni untuk tampak sensasi numerikal]. Yang penting kau konfiden.

Tapi rasa berbaloi juga bila aku tengok dia sedikit susah hati di akhir-akhir minggu ni. Dan aku tau betapa dia merasai satu kekurangan. Kerana selepas ini tiada lagi 2 orang Superman yang akan membantunya mengangkat monitor dan printer [yang berat ya amat] melewati baris-baris konveyer dan besi-besi rod yang panasnya menusuk-nusuk kulit muka. Ya, tiada lagi Superman. Yang bakal ada mungkin Cicakman [spoiler] atau Hulk [jadi kuat bila kena marah saja]

Dan yang buatkan aku lebih fiil ialah sebab aku kasihankan Nizam akan kembali lonely. [Makan dan pergi sembahyang Jumaat sorang-sorang]. Kerana bagi aku dalam depatmen yang senyap lagi terperangkap bersama minimumnya staf-staf perempuan cantik [untuk dijadikan calon isteri] mengenali Nizam yang profesional sarkastik merupakan satu bonus untuk kau hilangkan stres dan terus bersemangat meneruskan kerja sebab masih ada teman untuk kau lepak-lepak di kedai mamak sambil berbual tentang mahu buka bisnes goreng pisang dan balik rumah tanpa memikirkan tentang kerja ofis atau dimarahi bos yang tak faham bahasa.

Tapi bila difikirkan secara tenang aku rasa semuanya ok. Sebab 7 tahun di Kilang Besi Singa sewajarnya Nizam sudah banyak belajar [kecuali bahasa Mandarin]. Lagipun Isma [yang sudah pandai berseloroh] boleh temankan dia untuk durasi 5 bulan lagi. Hahaha.

Apapun, sayonara Kilang Besi Singa. Terima kasih Nizam. Xie Xie Ah Teh Sifu! Terima kasih ya amat semua!


BRO, YANG KINI BERBAJU PUTIH

Lupa aku nak bagitau.

Syem sudah balik dari umrah. Sabtu lepas. Kepala sudah macam Lex Luthor.

Dulu kalau ada awek-awek yang sempurna anatomi seksinya sedang melintas maka akan terketaplah bibir Syem sambil menelan liur.

Tapi kali ini dia cuma geleng kepala saja.

"Mana boleh tahan macam ini hari-hari." Keluh Syem.

Dan kami gelak ramai-ramai.

Powered by Blogger.