Hidup Kita Segiempat

Friday, April 03, 2009 · Posted in

Aku rasa perjalanan hidup ini adalah dua garis panjang tak berpenghujung. Tanpa kongkongan. Bebas. Merdeka. Garis-garis itu ialah horizontal dan satu lagi vertikal. Macam yin dan yang juga. Tak kisahlah sama ada kau jenis horizontal atau vertikal. Jadi, apabila ada banyak horizontal dan vertikal, maka hidup kita akan jadi empatsegi. Rectangle. Quadrangle. Kotak. Dan dalam empat segi inilah kita hidup. Dan semakin lama kita hidup, semakin banyaklah empat segi dalam hidup kita. Akhirnya ia akan jadi kotak-kotak yang sangat kecil seakan titik. Noktah. Bintik.

Ada faham tak falsafah baru aku ni?

12 Responses to “Hidup Kita Segiempat”

sis said...

agree wif u..setiap khidupan ader ceritera...setiap ceritera ade hikmah tsembunyi... :)

meza said...

erk, tk bape nk phm.
org slalu suruh bpikir luar dr kotak tp nmpknya mcm sy masih dlm kotak lg.

OIT said...

Bila hang citer pasal 2 garisan aku nampak graf... bile sebut graf pasti ada up and down (norma2 dalam graf ekonomi). Kalau mencacak naik, itu tak sihat, kalau free falls jatuh bawah itu pun tak sihat gak.

Citer pasal hidup nih, kalau ikutkan aku sendri. Ada 2 jenis golongan manusia, Yg pertama, golongan yg ikut jer rail keretapi, yg satu lagi yg tak bapa ske nak ikut rail ketapi, suka buat jalan lain. Golongan ni golongan yg always put live at stake. Golongan yg pertama tadi golongan yg always play save. Anda2 di golongan yg mana yer?
p/s: sekadar buah pandangan. Kena tak? Kalu tak kena makna nyer aku tak paham.

fafarafa said...

tak. sila elaborate :p :p

sepatumerah said...

Aku still rasa hidup ini bulat, umpama roda...... ;p

sunyi hati said...

emmm..
bab garisan tu faham.. tapi bila dah jadi kotak dan kemudiannya menjadi titik.. lagi la tak faham..

awak nk hidup yg mcm mana sebenarnya..? hehehehe..

tadi baru baca blog seorang kawan, katanya hidup ini seperti kapal layar.. errkk!! pulak dahhh...

(-.-)

~ setuju dgn en.OIT..hidup ini sepatutnya seperti graf.. :)

-cahayamata-

drkay said...

adakah falsafah baru ni timbul akibat kesan tak makan ari tu.....

KT800 said...

Tahniah.Bagus. Tentang ejaan dan susur bahasa kian terpelihara dan berpola. Biar siapapun kita, bahasa kita tanggungjawab kita. Ia juga perlu berada di dalam kotak.

famia said...

faham.
agreed 8 juta kali.

hehe.
tapi hidup aku tak bentuk segiempatlah.

dia takde exact shape.
boley adapt dengan apa2 bekas dunia pun. hehe.

tasikmerah said...

tapi bintik tu nampak mcm bulat pulak.

:)

kad0k. said...

aku setuju..garis, empat segi dan apa2 segi pon sentiasa bermula dengan garisan..hehehe

pisey itu aku said...

aha.
sokong.
dah lama tak ketemu kata-kata seronok sebegini untuk difikir tanpa had sambil senyum sorang-sorang depan laptop.

terima kasih.
=)

Powered by Blogger.