Teh O Ais Satu

Wednesday, April 01, 2009 · Posted in

Melewat-lewatkan makan memang antara tabiat aku yang tak sepatutnya dicontohi pun. Dulu perut aku agak manja juga. Makan kena ikut masa. Kalau tak, mulalah gastrik menyerang dan aku benci minum susu masam beraroma pudina tu. Tapi sekarang perut aku mulai kental. Kadang-kadang sengaja aku cuba tahan lapar sampai ke malam. Kononnya menginsafi derita-derita si miskin yang tak makan apa-apa [kononnya lah].

Dan kesan sampingan yang aku dapat, masuk pukul 11 malam perut aku dah mengamuk. Lutut dah longgar. Tangan dah menggigil. Kepala otak tak berapa nak berfungsi. Dahsyat sekali kesan tak makan ni.

Ada lagi kesannya. Semalam Badin cakap aku mengigau sebut teh o ais. Dan serius aku tak percaya.

14 Responses to “Teh O Ais Satu”

sis said...

penangan perut..moral of da story, makan la ikut time..xyah la smpai blapar...maybe akal & minda leh survive tapi perut sure say sori 4 dat..sampai kes teh o ais mjelma dalam mimpi sah2 dah kronik..hehe..

Amy Z! said...

malam2 kalo lapar tak mo makan, minum horlicks.

ho ho ho..
khasiat lebih dari 48 pisanggggg...

drkay said...

sebelum gastrik u bertukar jadi ulser baik u amalkan pemakanan yang teratur.

fafarafa said...

ohhh. itu tanda ko perlu seseorang untuk jaga makan minum ko. isteri misalnya.

hahhahahahahha

tasikmerah said...

aku syak kamu mengigau kepsi. ha ha.


.

kad0k. said...

dah dia tak ada sebut2 yang lain kah? kamu pasti? hahahha

SHIMI said...

bukaku syak bukan mulut lu yang ngigau,
itu suara dari perut

sepatumerah said...

Mungkin bukan Teh O ais yang di igaukan.... Ngigau kan gadis manis yang mengambil order di kedai janda misalnya.

paiseh said...

apakah susu masam beraroma pudina..? macam eksotik jeh...

kel@mbu said...

sis;
sekali sekala buat eksperimen apa salahnya. bukannya hari-hari. kan kan. ;)

amyz;
48 pisang? wow!!

drkay;
err.. doktor betul ke ni? :P

fafarafa;
kejap. tengah fikir betul ke tak. heh.

tasikmerah;
hahaha!

kadok;
haha. nasib baik teh o ais saja. kalau sebut yang di luar dugaan memang haru.

shimi;
betul. itu perut yang bersuara. kalau sakit mulut, itu barulah mulut yang bersuara.

sepatumerah;
hahaha. mungkin kot.

paiseh;
geng-geng gastrik saja yang tau susuk special ni. hahaha!

sis said...

eksperimen???kalo udah ghope itu, teman pun x sanggup buatnye..bt seksa perut jer...hikhik...

kel@mbu said...

sis;
hahaha. tak boleh ke. :P

drkay said...

err...betul,betul,betul..tapi bukanlah psikiatris.salam perkenalan.

sis said...

depends..tp cam x baik plak seksa perut kn..hehehe...

Powered by Blogger.