Kabinet Rumah Puaka yang Warnanya Koko

Friday, April 10, 2009 · Posted in

Kat rumah puaka aku ni cuma ada satu kabinet saja. Kabinet dapur. Wakaf dan ihsan daripada tuan rumah. Tapi bahagian kabinet yang paling berfungsi adalah bahagian tengah yang menjadi tempat simpanan mee segera perasa macam-macam, stok gula dan minuman 2+1 atau 3+1.

Ruang atau laci-laci kabinet yang lain sumpah dalam sebulan (ataupun lebih lama lagi) belum tentu aku buka. Dan tak mustahil kalau di situ ada pintu rahsia ke segitiga Bermuda yang tidak pernah diteroka tapi aku tak pernah ambil tahu pun.

Dan aku mula faham, konsep kabinet itu dicipta bukannya untuk digunakan. Tapi untuk ruang simpanan barang-barang yang kau tak berapa nak gunakan sangat. Kalau barang itu kau kerap gunakan, kau sudah tidak letak dalam kabinet. Kau akan campak atas rak. Rak kasut atau rak pinggan misalnya.

10 Responses to “Kabinet Rumah Puaka yang Warnanya Koko”

paiseh said...

lu kabor betul2 weyh?? ada kaitan dak kabinet lu ni dengan kabinet PM lu ari ni??

mengangkang gua duk pikir nak relate...

:: sunyi hati :: said...

hehehe..
pintu ke segitiga Bermuda..??!! jauhnya imiginasi.. :)

~ just nk taip kat sini..CHELSEA menang 3-1 pagi kelmarin..huhuhuuu..~

fafarafa said...

baik ko bukak laci kabinet ko yang lain tu. mana tau bole smpi ke segitiga bermuda. dh smpi nnt, anta poskad ke aku ekk. time kasih

Anonymous said...

Hang jangan bukak tak tahuan, mana tau dalam tu tetiba kuar 'haiwan2 eksotik' yg telah lama membiak di dalamnya. Sapa tahu kan.. hahahaha..


- DeeN -

aie akaike said...

owh.

umah aku takda kabinet. sbb semua brg2 digunakan. kot...

A t i Q a h said...

Kalau barang itu kau kerap gunakan, kau sudah tidak letak dalam kabinet. Kau akan campak atas rak. Rak kasut atau rak pinggan misalnya.

Saya membayangkan anda mencampak laptop ke atas rak kasut. Ye la, lappy kan barang yang selalu digunakan. Eheh.

kingbinjai said...

ha ha. tunggu dah kawin esok kompem semua kau guna

13may said...

kabinet baru?

blackpurple @ jowopinter said...

Rumah aku tak pakai kabinet. Pakai rak saja.

Mak Su said...

pakai rak lagi senang ek.

Powered by Blogger.