Bantu PemburuMitos Mencari Pencipta Nasi Lemak

Tuesday, July 28, 2009 · Posted in

Ya, nasi lemak memang sedap dan layak diletakkan sebagai masakan warisan negara. Pada pendapat aku, rakyat Malaysia yang tak pernah makan nasi lemak patut dilucutkan kerakyatan. Mungkin dalam perlembagaan patut ditulis macam ni (contoh):

Warganegara Malaysia adalah:
1. .....
2. ....
3. Makan nasi lemak.

Tapi, siapakah pencipta nasi lemak? Apakah ia masakan ciptaan Alfonso Albuquerque? Atau Sultan Mansur Syah? Atau Hang Li Po?

Benarkah nasi lemak masakan ciptaan orang Melayu kerana namanya 'nasi lemak'?

Kenapa nasi lemak mesti dimakan guna sudu atau camca?

Mari bantu PemburuMitos selesaikan persoalan rumit ini.

7 Responses to “Bantu PemburuMitos Mencari Pencipta Nasi Lemak”

Al-Kaput said...

nasi lemak dicipta oleh seorang wanita..........


.....



...


.....



....


..yang sangat pandai memasak..

oh_daNia said...

ahaha ...

x sabar nak tggu terungkainya sebuah mitos ni ...:D

nerd said...

tak tau nak mula dari mana kajian tentang mitos ni. bukannya mcm da vinci code.. ada clues, simbol2, teori konspirasi mengenai pertubuhan2 rahsia.. bla2..

tp aku dah start google search (zaman moden nih maklumat dihujung jari) sila ke link di bawah :)


http://layan.7.forumer.com/a/asal-usul-nasi-lemak_post118.html


di harap dapat merungkai segala persoalan mengenai pencipta resepi nasi lemak yang misterius tersebut...

Anonymous said...

Dah ko terbukak cite pasal nasik lemak- melayu nih apa kata ko lajakkan sket citer nih pasal kehebatan melayu purbakala. Ada gak tanya ngan uncle google pasal asal usul melayu nih. Fuhhh meremang bulu roma, rasa cam nak menghunus keris layaknya. Sedikit sebanyak pasal kenapa tanah melayu nih uniq,tak bole ditawan ngan kekerasan. Bile korek lagi akan sampai lah cite pasal "The Hidden Hand"

paiseh said...

jalankan kajian..
nnt present kat sini eh?

saudagar gaRAM.. said...

ada khabar angin mengatakan nasi lemak datangnya dari Jepun..

maksud gua khabar angin..
tak tentu sahih..

Azaiaziz said...

Pada pandangan aku, nasi lemak adalah ciptaan orang Melayu. Ia bermula long long time ago in a far far away on the land call TANAH MELAYU....

Orang Melayu kuat berkerja dan memerlukan karbo yang banyak. Jadi nasi pada masa itu adalah makanan asas orang Melayu selain ubi kayu adalah makan terbaik dibandingkan nak cari kedai burger. Kenapa taruk santan dalam nasi?. Kerana kelapa waktu itu bukan sahaja untuk santannya tetapi turut untuk menghasil minyak bagi mengoreng dan sebagainya. Santan juga digunakan dalam hampir semua masakan orang Melayu.

Lauk!. Bukan senang nak dapat beb. Ikan bilis adalah pilihan terbaik kerana senang disimpan kering untuk satu jangka masa yang lama dan jimat(sebab kecik kecik). Tambah lagi orang Melayu tak berapa nak makan spesis ikan paus macam orang Jepun!

Sambal pula adalah untuk menyedapkan rasa yang mana cili senang didapati berbanding keju.

Kenapa pula dengan sayur timun? Timun adalah spesis sayur sejuk. Secara tak langsung meneturalkan usus setelah makan makanan pedas.

Dan terakhir sekali nasi lemak dicipta oleh anak dara yang mana 'nasi lemaknya kecil'!

Powered by Blogger.