Persamaan Aku, Kau dan Jacko serta SRK

Tuesday, July 07, 2009 · Posted in

Pasal Michael Jackson lagi.

1. Masing-masing keliru apabila abang Michael, Jermaine Jackson mengaku adiknya tu mati dalam Islam.

2. Islam apa buat plastic surgery? Islam pada nama saja tu. Sama saja macam Shah Rukh Khan. Huh.

3. Pernah dengarkan ayat di atas? Aku akui, bagi kebanyakan Melayu Islam, sememangnya ada banyak penanda aras bagi mengukur fasa keislaman seseorang.

4. Walaupun mengaku kononnya liberal, tetapi aku masih lagi berpegang kuat dengan kepercayaan seseorang muslim yang ideal itu adalah mereka yang 'murni di segi pemikiran, jiwa dan peribadi (akhlak)'.

5. Itulah yang diajar tok-tok guru kita dalam asas pendidikan Islam masa sekolah dulu. Tetapi apa yang menyedihkan, fahaman murni yang dipegang kuat itu kurang dicerna dengan tepat dan lembut sehingga ia mengubah hati kita jadi terlalu keras, pesimis, skeptikal dengan sesiapa saja yang tidak memenuhi kriteria 'murni' tersebut. Sehinggakan wujud satu blok besar dalam diri kita untuk berbaik sangka sesama manusia dalam mengajak ke arah kebaikan dan kebenaran.

6. Jadi tidak hairan seseorang Muslim yang berbeza dari norma Melayu Islam dilabelkan sebagai 'Islam pada nama saja tu. Sama saja macam Shah Rukh Khan'.

7. Tetapi bagi aku, perkataan 'Islam pada nama saja tu. Sama saja macam Shah Rukh Khan' itu seolah-olah ditujukan kepada diri sendiri juga. Islam kita di mana sebenarnya? Walaupun kebanyakan kita tak minum arak, melakukan seks bebas dan berjudi, tetapi setakat itu sajakah Islam kita? Mungkin kita pun sama juga dengan Shah Rukh Khan. Islam pada nama saja.

9 Responses to “Persamaan Aku, Kau dan Jacko serta SRK”

'ainrahimin said...

"islam senipis kulit bawang"
ayat yang selalu aku dgr dr mak ayah...

Amy Z! said...

Islam setakat mengisi kosongnya ruang agama di dalam borang-borang.

Agama pada nama beginilah. orang glamer masuk islam, kita agung2kan. tapi cakap ulama, kita tolak2kan. hehe.

nizamsani said...

owh.aku kurang mempertikaikan soal2 ni.alahai

Anonymous said...

Islam tu sebagai cara hidup bukan pada nama atau pada keturunan=)

minatgiler said...

betul juga.. hem..

Combat said...

islam bila nak kawin je,atau pun nak raya dan bila nak urus mayat.lain2 jauh kita tinggal.

azman said...

betul juga tu, ramai kita sebenarnya Islam pada nama, tapi kita rasa kita konon2nya lebih mulia sebab tak minum arak, berzina dan etc.

lama juga aku berpikir2, kenapa ramai orang Islam malaysia hanya islam pada nama.
satu jawapan mudah yang terkilat dalam kepala aku adalah, berapa lamakah kita berpeluang belajar dan mempelajari agama kita sendiri, belajar lalu menghayati seterusnya mengamalkan.
jawapannya sangat sedikit. Yang diajar di sekolah diterima untuk memastikan lulus peperiksaan, setakat itu sahaja. habis peperiksaan, habislah.
dan lagi, cabaran godaan dugaan di luar sana sangatlah besar, bertubi2 menembak benteng agama senipis mikrofilem yang kita ada

Anonymous said...

bukan hak manusian menilai manusia.
hak itu milik ALLAH menilai kita.

Anonymous said...

wow..aku terpana,..pedih menusuk kalbu..hihi..terasa weh..

Powered by Blogger.