Cerita Hakim Lucu yang Buatkan Aku Tergelak Kah Kah Kah

Wednesday, July 01, 2009 · Posted in

Berita Harian Online 01/07/09

... Abdul Kudus yang memakai kot biru gelap dan bertali leher berjalur merah biru, kelihatan tenang dan kerap tunduk serta sesekali dilihat tersenyum sepanjang prosiding yang berlangsung hampir satu jam setengah itu.

Sementara itu, Manoharan ketika memohon meringankan hukuman ringan terhadap anak guamnya berkata, tertuduh menghadapi pelbagai dugaan dan kesusahan sepanjang hampir enam tahun kes itu dibicarakan.

"Dalam tempoh berkenaan, ibu tertuduh meninggal dunia, bapanya terpaksa melepaskan jawatan sebagai imam dan beliau sendiri sehingga kini tidak bekerja. Tertuduh juga kini baru mendapat anak ke-10 yang berusia tiga bulan.

"Mahkamah seharusnya menghukum 'ikan yu' yang terbabit rasuah dulu, bukannya menganiaya 'ikan bilis' saja," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, berkata tidak adil untuk mengatakan hanya 'ikan bilis' dikenakan hukuman.

"Ikan yu atau ikan bilis tidak menjadi persoalan, sebaliknya setiap kesalahan rasuah dipandang berat sekalipun ia dilakukan sesiapa saja termasuk ikan kembung," katanya.

9 Responses to “Cerita Hakim Lucu yang Buatkan Aku Tergelak Kah Kah Kah”

Eliana said...

kah kah kah..tak pasal-pasal ikan jadi mangsa

sUe said...

ha ha ha...kelakar gila hakim tuh.kesian ikan kembung...tak pasal2 naik nama kat mahkamah..hahaha!

bearbusuk said...

nsb baik hakim tak cakap ikan yu xboleh dihukum sebab dorang hidupan yang hampir pupus..

Combat said...

haha..mmg saje la buat lawak.

..::jane doe::.. said...

hahaha..!
padahal ikan xkenal pon ape itu rasuah tp naper ikan jugak yg naek name??kesian ikan² yg tidak bersalah itu

tasikmerah said...

hahaha... bagaimana pula dengan ikan sardin dalam tin! hahaha...

:p

Adeqq said...

xleh blah tol hakim neh.. hahahaha..

btw, sile tukar link blog saye yekk.. saye da beralih ke blogger.. hehe...

bearbusuk said...

ikan sadin dalam tin tu ikan kembung yang 'kantoi' ngn SPRM :p

DeeN said...

Ikan bilis lagi mahal pada ikan kembong. Sekilo ada sampai RM14. Kehkehkeh.

Manusia yg buat keje jahat, haiwan plak terpalit dosa. Misalnya, lembu punya susu, sapi dapat nama. Huhuk!

Powered by Blogger.