Hari ini Kita Isytihar Hari Bahasa Melayu

Thursday, July 09, 2009

Dasar PPSMI dimansuhkah. Lega hati kita. Mungkin hari ini patut diraikan sebagai Hari Bahasa Melayu. Apabila tiba tarikh ini nanti, tiadalah salah rakyat Malaysia berutuskan kad ucapan atau sms dengan menulis puisi, pantun atau seloka kepada insan tersayang. Lagu-lagu klasik dan puisi diputarkan di radio dan tivi. Hari ini juga sasterawan dan penulis melancarkan buku baru masing-masing. Acara kebudayaan berbahasa Melayu dimahsyurkan seperti teater pusing, puisi keliling, bangsawan dan macam-macam ada diadakan di setiap negeri. Hari ini biarlah kita melihat diri kita di dalam tanah air sendiri.

Sedar tidak sedar, hidup dalam pohonnya Malaysia hari ini yang disiram tekanan dan ditabur baja material, kita sebenarnya sedikit-sedikit menghirup air langsung tanpa menggunakan akar. Apakah patut dinamakan pohon tanpa akarnya tuan-tuan? Jika benar, sungguhlah sedih hati kita.


3 Responses to “Hari ini Kita Isytihar Hari Bahasa Melayu”

'ainrahimin said...

pohon tanpa akar adalah sama dengan rumah tidak bertiang, punahla ia, hancurlah is kelak...

marmarn said...

beranak pinak lah manusia yg lupa daratan dan berlonggok lah sampah kacang yg lupakan kulit! zaman haru biru pasca civilization :)

DeeN said...

Bahasa jiwa bangsa?

Powered by Blogger.