Yang Sebenarnya Kahwin

Sunday, October 03, 2010 · Posted in

"Kekayaan, kebahagiaan rumah tangga, semua datang daripada Allah, bukan daripada bapak" - Syawal, Ahmad Albab (1968)

.
.

haha..biasa la tu lumrah manusia suka brtanya..yg bujang kene tanya bile nk kawin..yg dh kawin kene tanya bile nk dpt anak..yg dh ad anak kene tanya bile nk dpt cucu lak..kui3 -
nurAddin

.
.

Bro, Marquez.

Selepas seminggu berfikir (yelah tu) dan merujuk respon pembaca, akhirnya aku dapat satu jawapan kepada masalah kau. Aku tak tahu sama ada jawapan ini dapat bantu selesaikan masalah kau atau tak. Sebab tak semua masalah dalam dunia ni dapat diselesaikan walaupun jalan penyelesaiannya ada.

Kalau tanya ustaz-ustaz, kahwin ni ada beberapa hukum. Harus (standard). Sunat (tak ada apa-apa masalah dan kahwin). Wajib (untuk yang tak tahan/gatai etc..). Makruh (aku rasa kau masuk kategori ni). Haram (memudaratkan diri atau suami/isteri). Tapi aku tak nak ulas panjang pasal kategori agama ni.

Biasanya, jawapan standard yang diberi apabila ditanya kenapa nak kahwin ialah: "Yelah. Itukan fitrah manusia. Mahu berpasang-pasangan. Ada nafsu. Mahu dapat baby." Walhal, secara peribadi, aku anggap jawapan utama bagi mereka yang nak kahwin ni adalah untuk memenuhi tuntutan nafsu secara sah. Kerana inilah yang dinamakan fitrah mamalia.

Tapi bila kau cakap, kau kahwin sebab tak tahan ditanya soalan (bila nak kahwin?), aku boleh kategorikan kes kau ni sebagai unik dan berbahaya. Bayangkan bila kau dah tua ganyut dan orang sekeliling tanya kau, bila nak mati? Apakah ketika itu kau akan ambil keputusan untuk mati?

Sebenarnya, tak perlulah kau berasa stres kerana ramai lagi umat Melayu yang mengalami masalah sama dengan kau. Aku sendiri pun. Malah, ia juga berlaku dalam masyarakat lain. Di India, ada tradisi mengahwinkan anak mereka sejak kecil lagi. Boleh kau bayangkan kau dikahwinkan sejak kecil? Masa kecil memanglah semua comel-comel saja. Apabila besar, siapa sangka si comel boleh bertukar menjadi monster (contoh). Ketika itu apakah kau sanggup memenuhi fitrah mamalia kau?

Kau rasa kenapa tradisi macam ni berlaku? Struktur sosial sesebuah masyarakat, bro. Ini banyak berlaku dalam satu-satu komuniti yang ada sejarah feudal yang lama, negara-negara dunia ketiga tentunya, termasuk Malaysia.

Status diri bukan lagi dilihat kepada apa sumbangan kau kepada manusia sejagat, tetapi siapa isteri/suami kau, berapa besar kereta/rumah kau, berapa banyak duit kau, berapa tinggi pangkat dan kuasa kau, berapa ramai anak kau dan berapa ramai isteri kau? Seolah-olah kita dilahirkan ini untuk berlumba-lumba memenuhi keperluan individualistik masing-masing. Lepas tu, ada hati pula cakap, kita ni lahir untuk menjadi khalifah di muka bumi. Ceh.

Aku tidaklah mahu menyarankan kau melempang orang yang tanya soalan-soalan tipikal Melayu tu. Kerana masalah hidup takkan selesai hanya dengan melempang. Bayangkan pak-pak menteri kita, kerajaan dan pembangkang, pakat-pakat melempang lawan masing-masing kerana sakit hati dengan soalan tipikal dalam Dewan Rakyat. Kawan, hidupkan lebih daripada sekadar pelempang.

Aku cuma mahu menyedarkan kau tentang hakikat betapa sepanjang hidup ini, kita memang sudah perlu bersiap sedia menghadapi beberapa soalan tipikal. Sejak di bangku sekolah, kita sudah perlu menghadapi tiga soalan besar, iaitu berapa result UPSR, PMR dan SPM kau?

Dulu masa sekolah, aku mengaku pernah high volume dengan mak aku (dulu mak seorang yang energetik) sebab selalu cerita result periksa anak orang lain. Aku rasa stres dan bad mood dan marah. Dan masa tu (dan mungkin sekarang pun) aku rasa, orang tua sememangnya sampai bila-bila pun dilahirkan untuk tidak faham orang muda.

Tapi bila kau dah lama mengenal hidup, sepatutnya setiap persoalan itu sudah dapat kau hadapi dengan hati yang terbuka dan menggembirakan. Dan satu hari, bila mak tanya, "Bila lagi? Dah ada sapa-sapa ka?" Aku jawap, "Ada, tapi dia negro. Kulit hitam gila. Tapi dia orang Islam." Mak jawab, "Hishh.. Ketahuan sikit aih." Hidup jangan serius sangat, beb.

Akhir sekali, aku akan jawap masalah kau dengan soalan juga. Tanya balik diri kau, untuk apa kau kahwin sebenarnya? Jika jawapan kau kerana fitrah mamalia, apa jadi perkahwinan kau bila nafsu kau sudah mula mengendur dan senjata kau sudah tidak lagi menegang? Kalau jawapan kau untuk dapat anak, apa jadi perkahwinan kau bila doktor sahkan kau atau isteri kau mandul? Kahwin lebih daripada dua soalan tu. Jadi, untuk apa kau kahwin sebenarnya, kawan?

14 Responses to “Yang Sebenarnya Kahwin”

Anonymous said...

question of the question..

AieSha said...

untuk berteman kot...

fuzama said...

Untuk Allah...

Anonymous said...

tuntutan agama. manusia dijadikan berpasang2an. sunnah rasulullah

tsubasa said...

Pertama: Untuk mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya meramaikan manusia, kerana baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam akan berbangga dengan umat baginda yang ramai di akhirat nanti.

Kedua: Untuk menjaga kehormatan diri.

Ketiga: Bertujuan untuk hidup bahagia dengan aman damai, berkasih sayang dan cinta mencintai.

Keempat: Untuk menambah kaum kerabat, memperhubungkan Silaturrahim antara satu dengan lain.

Unknown said...

ko menambah keserabutan bro marquez..huhu

Anonymous said...

separuh hati aku....rasa mau kawen. sbb cm best jekk ada kwn (tmpt) ngadu mslh donia...kwn tido...kwn byr soping

separuh hati lakk....rasa cm xmo kawen. sbb nnt sian mak ayh xde kwn memalam... sian kwn2 kna ignore dgn aku.

so bagaimana ye encik sri santan?


ekekeekkekekek

Unknown said...

anony;
tak jawab soalan pun?

aie;
tak kahwin tak boleh berteman ke?

fuzama;
general sangat. detail lagi boleh? ;)

anony;
i know, but why we should marry?

nasr;
kecualikan poin menambah zuriat, tiga poin lain juga boleh dibuat kalau tak kahwin. but, why we should marry?

zahidah;
serabut ke? tak sangat kot. ;)

fafa;
kau pun confuse jugakkan. hahaha! nak kena jawab ke ni. hehe.

prof nik said...

setiap manusia, DIA dah tentukan perjalanan hidup seseorg tu. so kite terima dgn redha. jgn pening2. kalau nko pk pasal ape akan jadi pas ni n pas ni, sampai kesudah x abis. hahaha

Unknown said...

prof;
nik, kau tak jawab soalan aku pun. aku tak nafikan pun perjalanan hidup ni ketentuan. dan serius aku tak setuju kalau setiap masalah yang kita hadapi dijawab, terima sajalah.. sudah ketentuan-Nya.. Sebab bagi aku, setiap sudut hidup kita ada jawapan, ada alasan. God has the reason, but we find it..

Anonymous said...

x tau plak aku ko suka negro..hahaha

Unknown said...

anony;
kahkahkah!!

Anonymous said...

pernah jumpa kawan 1sekolah yang tak tahan stress dan malu kerana tak kawen2 lagi. Dia telah mempalsukan statusnya di FB siap letak nama anak2 rekaannya lagi. Padahal aweks pon tak der lagi.
Tu tahap desperet gilos tu..
nauzubillah

Unknown said...

mushroom;
haha.. thanks.. you just prove that marquez are not alone. :)

Powered by Blogger.