Antara faham, tahu dan buta seni

Tuesday, February 22, 2011 · Posted in , , ,

zebra crossing n eiffel tower adalah warisan bangsa dari bangsa itu sendiri,memang wajar diagungkan oleh mereka.. tapi a-famosa adalah warisan penjajah yg dijadikan warisan bangsa.. tiada kewajaran pun untuk diagungkan.. biarlah ia tersepit antara hutan batu kerana berbangga dengan menara taming sari adalah lebih bererti bg pewaris bangsa yg punya identiti. - anonymous

Komen di atas aku dapat untuk entri ni. Ikutkan, memang aku nak jawab terus. Tapi, bila difikir-fikir, sedap pula buat entri ketika idea tengah kontang mau tulis blog.

Bagi aku, sesuatu monumen atau apa-apa binaan tidak boleh ditafsir secara satu hala atau satu lapis makna saja. Tambahan lagi kalau monumen itu ada unsur sejarah yang kuat, tidak kira sama ada sejarah itu menyimpan catatan kemenangan atau kekalahan dalam pembentukan sesebuah negara moden hari ini.

Selepas era Perang Dunia Kedua, semua sejarawan dunia, tanpa mengira Muslim, Kristian, Buddha, Hindu dan atheis yang bergabung di bawah Unesco bersepakat bahawa apa saja monumen sejarah perlu dipulihara kerana ia adalah dokumentasi tentang perilaku umat manusia sebelum kita.

Namun, dalam usaha memulihara monumen bersejarah itu, ada dua kelompok penentang yang tak ambil pusing langsung tentang makna semiotik yang tersimpan dalam sesebuah binaan lama itu. Pertama, kelompok kapitalis yang menghalalkan apa saja upacara pecah tanah atas dasar 'kemakmuran' ekonomi. Dan kedua, kelompok buta seni yang salah seorang adalah anonymous di atas.

Antara kelompok buta seni terkenal lain ialah Taliban yang berfatwa mengebom patung Buddha Bamyan di barat laut Kabul dalam wilayah Hazarajat, Afghanistan yang dibina pada 507 Masihi pada 1999.

Ok, untuk memudahkan pemahaman kita, jom kita ikuti penerangan bergambar di bawah:

Piramid Khufu di Giza adalah antara 138 piramid yang dibongkar setakat 2008 di Mesir. Ya, semua sedia maklum bahawa piramid di Mesir adalah kubur Firaun. Cilake orang Mesir, sungguh khurafat dan syirik korang memulihara kubur dan menyimpan mumia di dalam muzium!

Ziggurat adalah kuil atau tempat sembahyang bagi penduduk Sumeria, Babylonia, Elamite, Akkadia dan Assyria yang kini menjadi sebahagian daripada Iran dan Iraq. Antara ziggurat terkenal ialah Great Ziggurat of Ur dan Aqaf Nur di Iraq; dan Chogha Zanbil dan Sialk di Iran. Matilah korang orang Iraq dan Iran, sampai begitu sekali korang menjaga kuil yang syirik lagi mensyirikkan itu!

Hagia Sophia adalah basilica, tempat berhimpunnya paderi atau bishop pada era Empayar Rom Timur. Ia pernah berfungsi sebagai gereja Katolik sebelum ditukar fungsinya kepada masjid selepas kerajaan Constantinople tumbang kepada askar Sultan Mehmed II. Sekarang, Hagia Sophia dijadikan muzium oleh kerajaan Turki. Woi, Islam apa korang ni. Bekas gereja buat muzium. Sultan Mehmed tu mesti Islam nama saja sebab sampai hati dia guna gereja untuk buat masjid!


Ya, inilah yang kita mahu. Menara jam terbesar dunia. Overshadow Kaabah pun tak apa, asalkan kita dapat buktikan kepada dunia keunggulan Islammmm!! Takbirrrrr!!! Nanti ada duit lebih, kita bina lagi jambatan kasi cross atas Kaabah. Ada duit lagi kita taruk pulak bumbung supaya jemaah tak kena hujan. Ini kerja amalll.. Takbirrrr!!!!!

Tuan hamba. Lihatlah menara ini betul-betul. Bukankah rekabentuknya penuh kehalusan kesenian nusantara? Gila agaknya kalau tuan hamba semua tidak nampak kesenian tamadun Melayu di menara itu. Kalau arwah Hang Tuah masih hidup, nescaya menangis gembiralah laksamana itu sampai tujuh hari tujuh malam adanya. Lagipun, ia juga boleh memuatkan 66 penumpang untuk ditembak naik ke langit. Tidakkah teknologinya begitu berfalsafah sekali? Biarpun teknologinya dari Switzerland, itu usahlah dikisahkan. Apa yang penting seni! Faham tak, apa itu seni!

p/s: Aku lupa, ada satu lagi kelompok yang asyik kondem mana-mana monumen atau binaan. Yang ini tak kira bersejarah atau tak? Yang dicari dan dikaji ialah bangunan tu ada bentuk salib tak? Atau ada bentuk mata dajjal? Ini kumpulan memang kena duduk dalam khemah atau reban ayam.

8 Responses to “Antara faham, tahu dan buta seni”

cek P said...

hmm..susah nk ckp dgn org yang
tak tahu menilai sejarah..
sejarah tu penting supaya kite
tak ulang kesilapan yg same..
salah 1 nyer adalah dgn mengingati dan menghayati bangunan bersejarah (yg ade sejarah)..
kalau tak..xdelaa subjek sejarah tuh penting kn..

malu nyer kalau jd mcm negeri singa tuh..
xde sejarah dahulu kala..

sabar jela dan maafkanlah mereka yg tak paham
n tak mahu belajar..abaikan ajer..

kalau mcm tuh robohkan aje
Bangunan Sultan Abdul Samad kt kl tuh..
atau pn stesen keretapi lame tuh..
bina lebih byk pencakar langit..hahaha
baru nmpk bgus mcm new york..
eh! new york pn ade bangunan pencakar langit
yang bersejarah tau..
yg dibina sempena dengan sejarah
penemuan 'steel structure'..
Daripada kaedah biase bahan binaan yang menggunakan batu blok..

tringat ms dulu2 blaja subjek sejarah bangunan tinggi dimuka bumi..

sekian..hehe :-)

i'msosupernotcool said...

suda kena la kan.
kah kah kah

Unknown said...

Habis semua kena gazet sebagai bandar bersejarah dunia mcm Penang dan KL..baru terpelihara semua khazanah sejarah tu.

Ada pula yang buta hati, buat2 tak nampak hasil kejayaan bangsa d negara sendiri. Tak standart katanya. Pembangunan luar sana yang dibangga2kan. Ada classss

Kap said...

ada rupa kontol Hang Tuah mungkin.
identiti bangsa lah kata.
hahah.

Unknown said...

cekp;
apa saja benda lama, klasik, outdated, old school, season, etc.. itulah sejarah. kadang2 kita ni fikir jauh sangat, walhal fungsinya macam time machine. ia alat atau monumen untuk kita ingat tentang siapa kita/mereka pada masa lalu.

super;
siapa kena? entah.. hahaha..

mushroom;
tu la. benda2 macam ni tak payah tunggu gazet pun. cukup dengan common sense. macam kita sayang nak buang satu2 benda yang kita ada. macam t-shirt lama, sijil, gambar, keris, pinggan mangkuk, basikal tua, bla.. bla..

kap;
mau bersilat hang tuah tengok menara tu. hahaha..

Ellie Best said...

Tak semua orang faham bila kita bercakap dari aspek sejarah.Tapi kita boleh nilai dari aspek keperluan itu sendiri.Maksudnya, adakah apa yang kita bina sekarang ni betul2 satu keperluan atau pun sekadar satu kemahuan untuk mengaut keuntungan. Adakah betul2 perlu untuk membina menara taming sari sedangkan pemandangan bandar Melaka boleh dan lebih indah jika dilihat dari bukit St. Paul.Lebih bagus sekiranya peruntukan yang ada itu digunakan sebaik mungkin untuk tujuan pendidikan atau pun perubatan.Untuk memahami sejarah, anak muda harus diajar untuk kenal dan cinta sejarah. Bukan sekadar meletakkan keperluan untuk lulus sejarah di dalam peperiksaan tanpa memahami sejarah itu sendiri.

Well..this is just my humble opinion;)

Unknown said...

ellie;
pihak berkuasa sekarang sibuk sebut pasal ekonomi pelancongan. tapi malangnya diorang keliru antara buat apa saja asal dapat duit dan buat duit dengan kekalkan apa yang ada. dan menara taming sari adalah termasuk yang no 1 tu.

Damai Sejahtera said...

salam, menara ni kalau tgk dari rumah aku, akan nampak seolah2 bentuk salib.

Powered by Blogger.