Kenapa saya patut suka KL?

Thursday, February 10, 2011 · Posted in ,

Serius, tak dak apa pun KL ni.. Tapi, hang akan jumpa something.. - orang gila KL, Chow Kit

Apa yang best KL? Serius cakap, soalan mudah tu cukup untuk buatkan aku termenung dan berfikir lama. Sumpah, sejak aku berkelana di ibu kota sejak 2001 dan kini genap 11 tahun aku di sini, tidak pernah sekejap pun aku beri ruang untuk menjawab soalan macam tu tentang apa yang best sangat KL?

Sebenarnya, aku tak ada jawapan konkrit tentang 'apa yang best sangat KL?' Dan aku sendiri hairan kenapa hingga saat ini, aku dan mungkin warga KL lain, terutama migran yang cari rezeki di ibu kota ini, masih terus tabah bergelut hidup di bandar megapolitan serba menyerabutkan ini?

Secara rasionalnya, KL hari ini bukanlah tempat untuk kau mengecap apa yang Pak Lah pernah sebut, damai abadi. Dengan kos hidup dan harga rumah meroket tinggi, jerangkap tol di mana-mana, kesesakan trafik yang tidak ada noktah, koleksi saman DBKL yang menimbun, pemandu yang macam cilake, peniaga menipu, perangai pengotor dan pembusuk merata-rata, gangsterisme dan jenayah (tambah lagi jika ada), apa sebenarnya yang best tentang KL?

Apakah aku suka pergi gedung membeli belah bertaraf dunia? Tak juga. Baju dan jeans aku masih bundle. Kadang-kadang aku turun The Store Sungai Buloh yang saling tak tumpah macam City Plaza dan Hankyu Jaya, pusat lepak remaja Alor Setar masa aku sekolah dulu. Aku juga bukan mamat yang sanggup berlekit-lekitan turun konsert atau Jom Heboh atau Juara Lagu atau Raja Lawak. Semua riang ria tu aku dah tinggalkan sejak habis belajar dulu.

Apakah aku ke KL untuk membawa pulang kereta mewah atau memiliki banglo agam di atas puncak bukit? Itupun tak juga. Aku sendiri hairan, dan kadang-kadang sedih, kenapa aku tak ada nafsu atau bercita-cita mahu naik kereta mewah atau memiliki banglo agam. Kesimpulannya, hidup aku biasa saja dan orang macam aku ni sepatutnya berkebun atau bercucuk tanam di daerah damai seperti di Baling atau Kuala Nerang. Sebaliknya, apa yang kau dapat di KL hanyalah belajar untuk menjadi manusia biadap, lucah, menipu, menindas, kedekut dan segala perangai jahat lain. Ya, tak ada alasan pun untuk aku sukakan KL.

Cuma.. Apa yang buatkan aku sukakan KL ialah kerana ia sebahagian daripada serpihan mimpi aku yang Tuhan makbulkan.

Kira-kira 20 tahun dulu, KL dalam mimpi kanak-kanak seperti aku, yang bukan orang KL, adalah syurga. Aku ingat lagi, abang sepupu aku yang kerja di KL akan beri duit raya RM50 hingga RM100 kat sepupu-sepupu lain. Satu jumlah wang yang super mewah bagi kami masa tu. Aku tak lupa juga pengalaman ikut rombongan sekolah abah melawat KL sekitar 1990-an. Betapa mesranya orang KL melayan orang luar dan seronok benar aku tengok diorang melayan orang-orang macam kami yang melongo menyaksikan bangunan tinggi mencakar awan.

Ketika itu, jauh sekali aku dengar orang KL mengeluh. Apatah lagi orang luar yang mencari rezeki di kota metropolitan itu. Semuanya, apabila pulang ke kampung, ada saja berita gembira yang dibawa balik. Ada saja kemewahan yang dikongsi sama. KL adalah kota peradaban. Kota budaya. Kota ilmu. Kota kemanusiaan.

Hebatnya KL ketika itu hingga buatkan aku berdoa, kalaulah Allah tak mahu jadikan aku penyelamat bumi seperti Suria Perkasa Hitam, cukuplah Dia berikan aku peluang hidup di syurga bernama KL. Sejujurnya, KL adalah impian dan doa aku ketika kanak-kanak yang termakbulkan. Jadi, aku rasa bertanggungjawab untuk sukakan KL walau apa cara sekalipun. Itu saja. Simple. :)

13 Responses to “Kenapa saya patut suka KL?”

Kay said...

cita cita sy bekerja di KL juga tercapai.. tp skrg sy bercita-cita utk kembali semula ke negeri saya yg makmur...

FuzAma said...

tempat jatuh lagi dikenang..inikan tempat lahir..Kedah is the best!huahuaaaa...

tengah pikir...pernah tak aku berdoa utk kerja di Penang ha???

tasekM said...

aku pernah kena penampar dgn org gila masa tunggu bas kat chow kit nk pi kerja. auto menitik air mata aku..





.

cek P said...

sy sndri tinggal di pinggir KL..
sy blum smpi lg pavilion..ahaha
ade aku kisah..
tp KL ade ape yg kite cari..
(kalau itu yg kite mahukn)

nway, sejak bile org KL or
org negara nih ade 1st class mentality..
kalau ade pn segelintir jer..
kesedaran sivik pn masih rendah..
kalau nk ikut gejala sosial yg buruk2 n etc..
semua tuh ade byk faktor kn..

Dah KL tuh ibu negara..
nk tak nk kenalah maju..
dan kemajuan pembangunan mmg seiring dengan gejala sosial dan masalah2 lain..
negara maju sama maju dengan masalah sosial..

eh! m'sia belum smpi negara maju pn
mcm2 hal dh jadi..

ps : bole pilih ke nk lahir kt kampung or bandar? :-)

prof nik said...

cite2 saya untuk berkhidmat di kampung sendiri dah tercapai. hehehehe

hujan emas di negeri orang
hujan batu di negeri sendiri
.................

aku lupe

prof nik said...

opss lupe.. tahniah kelambu. coz kelambu dah jumpe katil yang sesuai ngan kelambu. keh3X

Unknown said...

kehelan;
aku rasa sampai satu masa orang akan frust hidup di kl dan masing-masing mencari kawasan-kawasan baru untuk diteroka. mungkin masa tu kl akan aman semula.

fuzama;
berapa kali jatuh? hehehe..

tasek;
tu la sape suruh kenyit mata..

cekp;
aku ada satu perasaan, orang asal kl baik saja orangnya dan yang kurang sivik dan gedebe semacam tu bukan orang asal situ. jadi sense of belonging dan semangat sayangkan kl tu kurang. sebut pasal gejala sosial, banyak perkara boleh dikaitkan. antaranya proses urbanisasi tak seimbang dan kelas ekonomi.

prof niki;
jadi, merantaulah untuk mencari hujan emas.. :)

rinz raime said...

hahaha.. kesian, jangan terbeban dgn sesuatu yg dianggap sbg tanggungjawab.. hidup ini semuanya ttg pilihan.. apa yg kita pilih yg akan menentukan sejarah masa depan..
tp seriusly, tak pernah aku berkeinginan menetap@bekerja di kl.. terlalu byk ketakutan yg perlu dirisikokan..

Unknown said...

rinz;
kalau fikir beban, kat mana-mana pun ada beban. sebenarnya dalam beban tu la kita belajar banyak benda. macam orang gila chow kit cakap, kau akan jumpa something..

rinz raime said...

betul2.. aku setuju, dalam byk2 gelora KL aku tau ada jugak penawarnya bg org2 tertentu, dan nyata aku bukan org2 tertentu itu..
sepanjang2 aku berkelana di kl untuk beberapa kali sepanjang aku hidup nih, aku tetap terdengar, terngiang2 kata hati aku..
"oo oo..this is not my place, i shouldn't be here"... (dan, jgn marah, hati ku selalu berbunyi kata2 penjajah)
dan juga, sampai hari nih aku masih akan salute driver2 KL.. tabik!!

Unknown said...

rinz;
sebenarnya, aku pun tak tahu dan keliru tentang apa nilai istimewa orang KL yang boleh aku bangga-banggakan.

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Duduk KL senang sikit nak buat hal

Unknown said...

pipi;
itu pun satu hal jugak.. hahaha!!

Powered by Blogger.