Yang sahih dan tak sahih

Tuesday, March 15, 2011 · Posted in ,



Anonymous said...
Apa kesahihan kes anwar dan saiful? ada kaitan dgn pilihanraya yang akan dtg?

Serius aku tak ikut sangat pun pasal kes Anwar kecuali berita dia jadi tajuk utama dalam surat khabar dan berita. Itupun sebab terbaca, tertonton atau terdengar. Kalau baca surat khabar, aku biasanya akan skip cerita politik dan lompat ke bahagian sukan, global, rencana dan ruangan sisipan yang ada cerita sains atau sejarah atau orang sekeliling, termasuk kartun.

Tapi kalau pasal anak dia, Nurul Izzah atau mana-mana ahli politik muda, memang aku baca lebih sikit. Sebab dia mewakili generasi aku dan orang muda. Tambah-tambah lagi sejak dia kata dia minat Radiohead dan bukan Maher Zain. Takkan nak harap Ibrahim Ali? Hahaha.

Tentang kesahihan kes Anwar dan Saiful aku tak tahu. Itu kerja mahkamah. Banyak spekulasi aku dengar. Tapi bagi aku, isunya bukan Anwar sohih meliwat atau tak, tapi ketelusan mahkamah selaku badan adil dan bebas. Macam kes 1998 dulu, kalau kau tanya mana-mana budak Law, ia antara kes yang tak boleh dibuat rujuk langsung sebab celaru amat. Apabila mahkamah sudah tak ada kredibel, kau nak harap persepsi positif apa lagi dari orang ramai? Macam isu polis jugaklah, cuba kau tanya setiap orang, apa persepsi diorang pasal polis? Sebab apa persepsi orang ramai terhadap polis negatif? Dan tolong jangan cakap sebab kes mata lebam Anwar.

Itu baru kes Anwar yang ada duit banyak dan boleh rekrut Karpal Singh. Kes-kes mahkamah syariah yang bertahun-tahun tak selesai apa cerita? Ada kes isteri digantung tak bertali lebih 10 tahun kau nak cakap apa? Benda-benda macam ni tak mau demo. Lepas tu terpampang tajuk Metro, 'isteri khalwat dengan teman lelaki', pakat-pakat mengutuk si perempuan. Padahal syok tengok gambar perempuan berkain batik bersimpuh atas katil. Senanglah kau berfantasi macam-macam.

Pasal kaitan dengan pilihan raya akan datang memang ada kaitan. Logiknya mudah, sebab Anwar dari parti pembangkang. Kalau nak disentuh pasal isu moral dan akhlak mulia lagi suci murni, banyak lagilah pak-pak menteri kita buat semua benda tu. Jangan tipulah.

.
.
.

Betul ke sebenarnya klu isu politik ni orang yang berkenaan iaitu pemimpin spt BN,PKR dsbnya ni sebenarnya xde masalah di antara mereka cuma apabila adanya pilihanraya saja dorg ni caci-maki, hina-dina,mengeji-mengata hentam-menghentam sesama sendiri sebenarnya atas dasar keje(politik) jer?

Aku tak nafikan juga. Kalau nak tahu lebih jelas boleh turun Parlimen tengok sendiri. Memang ada geng pembangkang pekena teh sekali dengan kerajaan. Tapi bila tengok muka memang sorang-sorang nampak plastiklah. Hahaha. Macam main bola juga. Ada kawan kita main untuk pasukan lain. Kena pula dia menang cup, kita pula terkulat-kulat mengidam tak dapat-dapat. Tapi kawan tetap kawan la.

3 Responses to “Yang sahih dan tak sahih”

Anonymous said...

jangan lupe jugak kes mahkamah syariah yang buta-buta berpihak pada perempuan sebab lelaki curang.nanti sapa nak jawab bile bapak 'abaikan' anak padahal mahkamah luluskan syarat emosi perempuan masa perjanjian penceraian.perhubungan suami isteri yang tak berpanjangan dengan anak- ibu ayah ialah dua benda berbeza kan.emosi pula saya bile cakap pasal sohih x sohih ni kalo ada blog dah buat entri setiap hari kot :p

Unknown said...

secara realisitik, memang susah nak dapat keadilan total dalam dunia. keadilan juga boleh dieksploitasi. boleh tengok cerita law abiding citizen atau baca kisah saidina ali kalah kepada seorang yahudi dalam kes baju perang. tapi sebagai manusia bernegara, adalah penting sesebuah badan kehakiman itu dilihat adil kepada semua orang.

pasal abaikan anak/nafkah. macam ni, kalau aku buat hal di perak, aku masih boleh hidup aman di pahang atau negeri lain. tapi kalau aku tak bayar saman, di mana-mana negeri pun tak boleh renew road tax. sebab apa jadi macam ni?

prof nik said...

ni la hal dunia.. hal akhirat dilupekan

Powered by Blogger.