Perlembagaan Rumah Kami

Friday, February 13, 2009 · Posted in

Dunia sekarang memang penuh dengan tak ketahuan. Busuk hati. Busuk perangai. Busuk segala-galanya. Puncanya ialah kita sekarang dah tak peduli dengan rukun. Tak kisahlah rukun apa-apa pun. Sebab, kepatuhan pada rukun itu akan membentuk satu kerukunan. Kerukunan dalam pemenuhan hidup.

Ramai yang hafal rukun-rukun ni. Tak kisahlah rukun apa-apa pun. Rukun Negara. Rukun Kahwin. Rukun Islam. Rukun Iman. Rukun Tetangga. Rukun etc. Tapi semuanya dihafal secara harfiah saja. Atau dicetak di belakang kulit buku misalnya. Kemudian disimpan. Tak pernah dipedulikan pun.

Tak payah pening kepala fikir sebab apa kita bergaduh sana bergaduh sini. Risau sana risau sini. Dengki sana dengki sini. Huru sana hara sini. Puncanya mudah. Sebab kita tak pernah peduli pun pasal rukun-rukun ni.

Oh, kat atas tu rukun/manifesto pemilik rumah sebelum kami. Itu satu-satunya poster Rumah Puaka yang tak pernah digugurkan. Melihat poster yang diconteng tu baru aku faham. Kadang-kadang kita bukan suka sangat rukun-rukun ni. Dan kita protes. Manusia..


p/s: Gambar atas tu kitar semula. Tak ada idea sebenarnya. Hihihi.

10 Responses to “Perlembagaan Rumah Kami”

cabincrew are here not to kiss ur ass said...

poster tak lawa,takmo folo rules ni.

paiseh said...

undang2 manusia takpe lagi..

arsaili said...

salam ..moga kita hidup penuh rukun

aie akaike said...

kalau ikut rukun tetangga, bila anda di 'pau' rokok, anda perlu bagi.

'Rokok atau nyawa!'.

Princess Liyana said...

comelnya rules tu...huhu;)

uik..maskara hrtu tk dpt jumpa. kurng sihat ckit. jumpa next time ok;)

kel@mbu said...

cabibcrew;
hehe.. nak yg lawa-lawa ja.. huh..

paiseh;
undang-undang Tuhan lagikan dilanggar. huhu.. T_T

arsaili;
amin... :)

aie;
hahahah! budi bahasa budaya kita.

liyana;
takpe. lain kali bulih jumpa lagi. tungguuuu.. :)

Princess Liyana said...

huhuhu..ok..see ya;)!

tasikmerah said...

rukun2 tu mesti mama n abah buat. kot.


.

DeeN said...

Err..
Hang follow tak rukun kat dinding tuh?
Hehehe..

kel@mbu said...

liyana;
:)

tasikmerah;
memang sahih le tu.

deen;
mak abah jauh macamana nak ikut. hehe.

Powered by Blogger.