Hari Ni Boleh Jadi Hari Anti-Kolonial Malaysia Kot

Saturday, February 14, 2009 · Posted in

14 Feb. Apakah kau mahu aku ucapkan selamat hepi valentine? Salah..

Hari ini patut aku ingatkan kau tentang tarikh syahidnya seorang patriot kita. Leftenan Adnan bin Saidi semasa bertempur di Bukit Candu, Singapura. 14 Februari 1942.

Hebatnya arwah Adnan ni sampai Jeneral Tomoyuki Yamashita (Harimau Malaya) cakap, kalau ada 10 orang Adnan dalam tentera British di Malaya masa tu, Jepun kena hantar 10 divisyen untuk tawan Malaya. Arwah memang sentiasa jadi hero perang aku masa kecik lagi sejak aku tau dan mula baca cerita dia yang ditulis Talib Samat.

Kalau aku jadi PM, aku isytihar 14 haribulan Hari Anti-Kolonial Malaysia. Tivi wajib tayang filem perang, dokumentari perang, lagu perang, kartun perang dan etc etc. Selain tu, baju-baju celoreng digalakkan dipakai masa hari tu, tapi senjata api diharamkan. Pameran tentera ala Jom Heboh turut dibuka di seluruh negara dan orang ramai yang datang boleh belajar pegang senjata api dan tembak ke lapang sasar. Selain tu, game dan pertandingan simulasi perang disediakan kepada peminat-peminat game seperti Call of Duty, Hitman, Age of Empires, Sim City misalnya [game last tu saja aku letak untuk menunjukkan aku seorang gamer]. Pemenang pertandingan game ni akan diberi surat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang ketenteraan. Seperti Ijazah Sarjana Muda Perang Kombat ataupun Ijazah Sarjana Muda Penembak Tepat misalnya.

Ni asal 14 haribulan, Sudahkah anda menghantar nada dering CINTA kepada si dia? Taip CINTA 1212 dan hantar ke..

Apa cerita?

17 Responses to “Hari Ni Boleh Jadi Hari Anti-Kolonial Malaysia Kot”

A t i Q a h said...

Alfatihah untuk Allahyarham.

therosputih said...

terima kasih leftenan adnan...(pg2 da bersemangat waja ni sbb bace entry nih)..thanks kelambu sbb menyebarkan suatu fakta...

Anonymous said...

nice info tentang leftenan Adnan..
sy tak pernah tahu dia meninggal pd tarikh itu..
cuma tahu sedikit ttg kisah dia dr filem dan buku sejarah..

Al-Fatihah untuk arwah..

p/s:thanx for the info.bertambah satu lagi pengetahuan am saya. :)

Anonymous said...

media patut letak doktrin baru.
sebar la tarikh ini tarikh patriotik. bagi sambutan gempak2..

ini tidak, dilambakkan kisah cinta..

tiab2 dapat msg ni?"Adakah anda kesunyian, taipkan ON CINTA ke bla bla bla

Cikgooden said...

indoktrinasi paling halus....



bagus jika sedar...

s a L o m a said...

sugarbebihunni.mana nada dering cinta untuk i..u lupa eh..

Yana Ismail said...

Al-fatihah...

Doa kamu jd PM satu hr nanti;)

hmm, smlm brada di JB utk dinner, takut melihat insan yg ramai di merata tmpt. faham2 jela sebab apa. ;P

Unknown said...

atiqah;
aminnn.. :)

ain;
kasi tabik dan tarik nafas panjang-panjang! aipp!!

sue;
ok. mulai sekarang dah boleh ingat kan.

ainun;
hehe. cinta memang bisnes paling laris.

cikgooden;
haha!

cabincrew;
dah bernada-nada dering cinta i bagi kat u di awan biru. haha!

liyana;
jd pm? pembantu makmal pn pm gak. :P

DeeN said...

Weh, aku sokong 80 juta kali hang punya idea. Sangat segar dan tidak Cliché. Lebih afdal dari memuja hari yg memperingati kematian si pendakyah!

Hidup para pejuang!!

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Nada dering cinta tu berapa sen hah satu dering?

Anonymous said...

wahhh...aku suka Ijazah Sarjana Muda Penembak Tepat.


Al-Fatihah buat Allahyarham Lt. Adnan Saidi.

Anonymous said...

betui....betui....betui...betui...

Anonymous said...

Kat malaysia skrg ni klu 14 feb je adalah hari make luv semelaysia.

14 feb ada satu dialog yg paling laku.."Sayang awk,terimala body saya sbg tanda syg"

14 feb jugala hotel murah n mahal penuh.tu tak kira lagi 7E pening stok kondom hbs kt kedai.

tasekM said...

sila bertanding lawan najib. he he.


.

Anonymous said...

good info & agree wif da idea..malaysia ni dilambakkan dengan info yg ntah ape2 ntah..seharusnya pejuang negara kita dihargai...maybe blog leh jdi medium sbg perintis tarikh2 keramat neg kite.. ;)

AieSha said...

kalau mcm tu, takmo la vote ko jd Pi-emmmm.....

Unknown said...

deen;
tabik komrad!!

pipi;
aku main letak je tu. hahaha! beli saja metro. confirm ada.

fafarafa;
banyak penembak tepat kita yang tak dicungkil bakat mereka. pelastik misalnya.

datowhy;
tau la dah tengok upin ipin. cit.

duke;
hari serbuan couple-couple se-malaysia!

tasikmerah;
oit oit. sungguh provokatif. haha!

sis;
:)

aie;
hahah!

Powered by Blogger.