Buntu. Idea kering.
Hmm hah. Apa kata aku kongsi informasi dengan korang. Tahu tak apa kegunaan roda tetikus (mouse wheel) kat peranti tetikus korang tu?
Skrol laman web ke atas dan ke bawah? Ya betul. Tapi ada satu lagi fungsi khas roda tetikus ni. Fungsi tersebut ialah buka tab baru untuk sebarang pautan. Jadi tak payah nak klik kanan dan klik 'Open Link in New Tab'. Buang masa saja. Fungsi ni juga khas untuk buka pautan di laman web yang fungsi klik kanan dimatikan (disabled).
Caranya. Seret anak panah tetikus (mouse pointer) ke pautan yang hendak dibuka dan terus tekan roda tetikus anda. Dan plink! Syabas, tab baru berjaya dibuka.
Tapi fungsi ni cuma boleh digunakan di pelayar web (browser) yang ada fungsi tab baru (New Tab) saja. Bagi sesiapa yang guna IE zaman Nebuchadnezzar, tolong kemaskini versi pelayar web anda ok!
Selamat beramal!
.
.
.
Spesies Tikus di Malaysia
Politikus - ahli politik
Menikus - mendiamkan diri kerana takut
Tetikus - salah satu peranti komputer
Osman Tikus - penyair Malaysia atau lebih dikenali sebagai Pyan Habib
Powered by Blogger.
17 Responses to “Roda Tetikus untuk Si Dungu [Mouse Wheel for Dummies]”
Uwah. Ini ilmu baru. Uwah lagi sekali. ;P
lahir tahun tikus?
whoaa.. gua salut sambil buat ombak kat lu... ilmu baru nih.!! mekassey!!
huhu..baru ke? alaahai..ok2..kira barulah;)huhu
Hihihi. Wah. Blog ini boleh jadi IT Info laa..
alkisah tikus.
eekekekkekke
ah. aku ingatkan aku sudah IT dude. Tuhan Maha Kaya. ternyata kamu lebih dude dari aku. Syabas, aku belajar benda baru hari ni. Selalunya aku guna roda tikus ni masa guna autocad sahaja...terima kasih, bu!
Hah! Berjaya. Keskeskes. Ruponya hang lebih ITism dari aku. Tengkiu.
Er.. Osman Tikus = Pak Pyan? Hmm... *sambil garu2 pala*
cabincrew are here not to kiss ur ass..lahir tahun tikus bole pegi dok dalam longkang..cakap pasal org bebaik sikit..
atiqah;
hoho!
cabincrew;
tak. tahun ayam.
paiseh;
hnshh hnshh [penuh kebanggaan]
liyana;
dah tau memang la bukan perkara baru. hihihi.
amyz;
jadi blog lah pulak nampak gayanya.
fafarafa;
:)
izzat;
aku pun baru tau sebenarnya. haha. sama-samalah berkongsi maklumat sesama kita.
deen;
:) terima kasih atas pujis-pujian.
pian habib dan osman tikus orang yang sama.
pian;
huih. bapak marah bapak. huwahhhh...
<(",<) (>,")> kool kool! haha!
tak marah dodo..tegur..marah x tulis komen.. :) marah kasi SQL injection..haha..
tak.tak.bukan cakap pasal kamu.masuk dalam list tu..spesis tikus.
lahir tahun tikus panggil apa?
anyway,kamu tahun ayam ye..
oooo... tq.
:)
.
hah?! aku pun baru tau gak... tq Mr. Kelambu..
pian;
hahaha
cabincrew;
lahir tahun tikus dipanggil tatikus kot.. :P
tasikmerah;
:)
angel_baik;
:)
oh baru tau rupanya boleh buat mcm tu haha
aku dah lama pakai pc pun tak tau!
alephendrix.blogspot.com
alep;
haha. sama-samalah kita berkongsi maklumat hendaknya.
Post a Comment