Sejak Bila Puan Mula Berprasangka dengan Suami Puan? - Tanya Seorang Kaunselor Perkahwinan

Thursday, February 26, 2009 · Posted in , ,

Kereta Jar eksiden. Dia mengantuk dan terlanggar orang (awek) depan. Orang depan terkejut dan terlanggar pula orang depan lagi. Jadi Jar kena bayar ganti rugi untuk dua kereta. Ini adalah contoh double trouble paling tepat!

.
.
.

Cadang nak layan Jutawan Slumdog. Kansel. Redah Meru cari spare part dengan Jar. Dapat. Pecut balik Kg Subang hantar spare part. Setel.

.
.
.

Sebelum pergi Meru turun Pelita Seksyen 9. Syem buka booth Proton kata Plaza SA [Sesiapa ada hasrat nak beli Exora boleh turun Proton Seksyen 7 baru, Shah Alam. Cakap saja kawan Lanzo, insya-Allah service tip top]

Kat area Pelita tu kebetulan pula ada demonstrasi sebuah parti politik-kalau-nak-tau-lu-surf-la-sendiri.

Diorang bawa lembu. Polis-polis siap sedia kat tepi jalan. Sorang otai polis duduk sambil hisap rokok dan Syem pula buat-buat baik sembang dengan otai polis tu menggunakan ayat-ayat cintanya yang penuh provokasi.

[Dan aku masih tertanya-tanya niat sebenar Syem letak bendera Arab Saudi kat belakang kereta masa PRU12 dulu. Apa cerita?]

"Setahu aku Polis mana boleh hisap rokok pakai uniform?" bisik Jar dan aku tak pedulikan sangat pun apa yang dia bisikkan tu.

Cuma masa tu, apa yang aku pedulikan ialah nasib lembu tu.
Ya, cuma nasib lembu tu.

.
.
.

[Sambungan tajuk di atas]

Isteri: Sejak dia menjadi wakil rakyat..

4 Responses to “Sejak Bila Puan Mula Berprasangka dengan Suami Puan? - Tanya Seorang Kaunselor Perkahwinan”

fafarafa said...

ini cerita hari ni atau semalam??? semalam aku tau aa derang bawak lembu nk serang office spr.hari ni, aku xtau kerna aku memontengkan diri. hahahhahahahhah


(aku br tau spr 1 building dgn office aku. hahhahahahhhah)

DeeN said...

Lembu2 tuh wat per kat situ? Lembu tu bawak bendera ker? Saspek sungguh!
(er .. apa kes tuh, blur ar..) hehehe!!

cabincrew are here not to kiss ur ass said...

title ngan ending je gempak!hmph.

polis tak boleh isap rokok dalam uniform??eh,ye ke??

kel@mbu said...

fara;
cerita semalam

deen;
lembu tu buat road tour kot. hehe.

cabincrew;
tak bulih tak beretika namanya. huh.

Powered by Blogger.