7 Pounds Sama Dengan 3.2 Kilogram

Monday, March 02, 2009 · Posted in

Layan 7 Pounds.

Sinopsis ringkas. Gara-gara guna henfon ketika memandu, Tim Thomas (Will Smith) terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kematian 7 orang termasuk bininya sendiri.

Dek rasa tertekan dan rasa sungguh berdosa, Thomas ambil keputusan berikan 'nyawa baru' kepada 7 orang sebagai ganti 7 nyawa yang maut kerananya.

Caranya ialah mencuri kad id adiknya yang bekerja kat jabatan cukai (IRS) untuk mendapatkan maklumat 7 orang yang layak terima sumbangannya tu. Antara sumbangannya ialah dalam bentuk derma organ dan hadiahkan rumahnya secara percuma.

Cerita menjadi lebih sensasi apabila dia kemudian jatuh cinta dengan sorang awek yang ada dalam senarai individu yang mahu dibantunya. Ok. Babak akhir Thomas ni mati. Sebab apa dia mati? Ya, sila pergi ke sinema berdekatan atau dapatkan dvd daripada Ah Beng.

Entah kepala otak apa Grant Nieporte ni sampai dapat hasilkan filem yang gila brilian macam ni.

Patut aku katakan filem ni sebenarnya menceritakan tentang dosa. Dosa melanggar orang sehingga mati [atau boleh saja kau tafsirkan itu sebagai dosa yang kau lakukan dengan sesiapa saja atau dengan Tuhan kau sendiri]

Dosa yang sebenarnya boleh saja kau abaikan dan biarkan semuanya let it go seperti tiada hukuman apa-apa pun atau tiada rasa apa-apa pun. Tapi ia tidak bagi Thomas atau sesetengah daripada kau. Dosa-dosa itu begitu memburu. Kau diburu setiap detik. Seperti kata pepatah yang aku tak ingat dari mana, kalau kau mahu merasai perasaan berdosa, kau lakukan saja dosa itu. Dan kemudian kau akan rasa perasaan itu sampai mati.

Menonton 7 Pounds buatkan kau fikirkan macam-macam. Fikirkan apa yang telah kau lakukan. Itu yang aku fikirkan semasa layan filem ni.

Tapi sendawa beraroma durian brader di sebelah memang menjelik dan memualkan aku.

6 Responses to “7 Pounds Sama Dengan 3.2 Kilogram”

s a L o m a said...

ini filem favorite yang saya nanti2 kan.tapi tayangan di sini sudah tamat dan tak sempat tengok.

takpe.tunggu keluar dalam flight.free.

paiseh said...

kaedah penebusan dosa kah??

famia said...

mati?
perghhhhhhhhh.. wet blanket.
abes ko spoilkan cite.

DeeN said...

Tu pasallah jangan guna telefon sewaktu memandu. Itulah sebabnya. Tp kalo dlm citer neh, kalo dia tak guna tepon time memandu, tak jadik ler citer neh. kan, kan, kan.

Aku dah banyak kali tgk the making cite neh. Tp nak tgk yg hak siap tuh kene tggu dvd ah beng la jawabnya. ekeke!

Anonymous said...

menarik..!!

Unknown said...

cabincrew;
wah. layan muvi di awan biruu..

paiseh;
lebih kurang la.

famia;
hahaha!

deen;
cet. layan ah beng rupanya.

sunyihati;
:)

Powered by Blogger.