Dr Prakash dan Aku yang Terpaksa Bermusuhan

Tuesday, March 17, 2009 · Posted in

Kokokan ayam dari rumah sebelah memang menyakitkan hati. Gila apa duduk apatmen bela ayam. Apa dia ingat rumah dia macam rumah Dr Dolittle?

Tertekan punya pasal aku jumpa Prakash merangkap doktor haiwan di sebuah klinik haiwan yang hidup segan mati tak mahu di bandar Kepong sana. Paling akhir aku jumpa dia ialah masa aku bela Jimi, si armadillo dari Brazil dulu. Tapi lepas Jimi maut di langgar Kancil Brader Jon, terus aku tak jumpa Prakash. Dan sumpah aku takkan jumpa dia semata-mata nak ucapkan Hari Natal.

Aku adukan masalah ayam-tak-sekolah jiran aku tu. Prakash senyum-senyum saja sambil menyuntik dos apa entah ke kaki seekor anjing spesies Border Collie. Aku sedikit cemas tapi terkawal.

"Bro, ayam jantan jiran sebelah aku berkokok kuat tak ingat. Siang malam berkokok. Tension aku. Semua jiran merungut tapi tak ada yang berani sound sebab jiran aku tu cikgu silat dari perguruan Guruh Guntur."

"So, kau nak aku buat apa? Silambam jiran kau tu?" tanya Prakash sambil buka sarung tangan getah dan hulur tangan nak bersalam dengan aku. Tapi aku tolak sebab lepas ni aku nak makan nasi ayam.

"Kaukan doktor haiwan. Lagi mau tanya aku balik ka?"

Prakash hela nafas panjang. Diam sekejap. Dia kemudian pandang aku dan bersuara ala-ala Horatio sambil menanggalkan kaca matanya. Aku dah terkebil-kebil.

"Aku kena buat apa?"

"Buat lauk!" Jawab Prakash serius.
.
.
.
Sejak hari tu, aku putus kawan dengan Prakash.

12 Responses to “Dr Prakash dan Aku yang Terpaksa Bermusuhan”

ouT oF My MinD said...

padan muka ko...kalau aku pun jwab cam Dr. tu gak...hahahah

Anonymous said...

waa...nk kenal dgn Mr.Prakash. Nampak cool semacam jer..

sepatumerah said...

Prakash belajar gaya 'kunun cool' dari Horatio nampaknyer.....

Anonymous said...

mgg kena wat lauk ayam tu, sbb jd isu yg leh putus kawan ...huhu :))

ceri masam said...

dr prakash mesti hensem! hahahaahhahahaah

mengong! :p

Anonymous said...

HAha. Lucu betul. Habis nak buat apa lagi kan. Takkan nak marah. Buat lauk sahaja lah lebih baik kot.

hikhik

Anonymous said...

hahah...lepas ni kalau tiba2 ayam rumah sebelah tu hilang, dah tau la sapa pencurinya..hehe..

paiseh said...

mana bulih.. kang lu pulak tak bangun tido pagi2..

Anonymous said...

xpun wat nasi ayam pastu tu jemput jiran ko makan sm. haha.. prakash prakash. bernas sungguh idea kamu. hehehe...

Anonymous said...

Apa susah, ko bela la musang. Biar musang ko tangkap ayam tu waktu malam....

tasekM said...

aku stuju la dgn dak prakash tu. hahaha...


.

sinaganaga said...

ha ha

Powered by Blogger.