Tivi Rumah Kami yang Rosak dan Aku yang Kaya

Thursday, March 19, 2009 · Posted in

Kelmarin. Tivi kat rumah rosak. Tak tau apa punca. Semalam sebelum tu Why dan aku layan Red Cliff 2 ok saja. Tapi pagi esoknya bila aku buka tivi untuk praktis boxing, tiba-tiba kelam. Suaranya ada tapi gambarnya hilang. Melepas nak tengok Arsenal malam tu. Apa gila tengok bola kat tivi dah macam dengar radio zaman semi pro dulu?

Menurut brader tivi kat kampung sana, tivi kami ada masalah dengan kabel tiub. Alat ganti pula susah cari. Bila dah beli masalah lain pula. Kali ni ada kena mengena dengan tiub. Aku dah tak faham bila brader tu dah main tunjuk-tunjuk litar dan uji ammeter untuk cari 'api'. Bab-bab 'nego' aku serah kat Jarul. Keputusannya, brader tu cuba ubahsuai guna alat ganti made in China. Petang ni ambil. Mungkin lepas ni boleh dapat channel dari Indonesia.

Walaupun aku bukanlah kaki tivi. Tapi kehilangan tivi begitu terasa.

Oh ya. Siapa kaki bola, kalau rajin singgahlah web Bolasepak.com ni. Aku dah jadi moderator web tu. Kerja aku kemaskini stori saja. Bahagian forum aku tak kacau. Jadi fan-fan Manchester United, Liverpool atau Chelsea jangan marah kalau aku highlite The Gunners lebih-lebih. Hahaha. Liga Malaysia pun ada. Nak harap web FAM? Ke lautlah jawabnya.

Ni bukan kerja suka-suka. Gaji kecik terpaksalah cari duit lebih. Selepas moderator agung web tu janji nak bayar aku gaji yang sama dengan Teresa Kok barulah aku bersetuju dengan pelawaan dia untuk hidupkan kembali web tu.

Sekarang kau boleh bayangkan betapa kayanya aku. Ups. Air dah masak. Nak pergi masak megi ni. Hihihi.

15 Responses to “Tivi Rumah Kami yang Rosak dan Aku yang Kaya”

sepatumerah said...

Orang kaya makan megi saja? ;p

Anonymous said...

ohh...sungguh low profile kamu. walopon kaya, megi tetap di hati.





ataupun kedekut secara tersiratnya


hahahahaha

Anonymous said...

arsenal ditaja oleh megi ke lepas ni?

ops. hehe

good luck race dgn aston villa

hihi

Pakdi The Kop
http://pakdi.my

tasekM said...

megi tomyam satu!

he he.

s a L o m a said...

byk duit pasni boleh belanja makan kan?

mau megi ada telor satu!

AieSha said...

nak join buat duit lebih boleh? mahu kaya juga mcm teresa kok.

paiseh said...

sok2 lu jadi tokei megi lak.

kad0k. said...

wah..sama gaji teresa kok? beso ke gaji dia..mcm tau2 aje bro...huhuhu

Danielle_Corleone said...

Lu jgn sampai Nordin The Boss baca blog ni! kah kah kah!

kingbinjai said...

tukar tivi baru je. tivi skang murah murah maa

blackpurple @ jowopinter said...

Kau pakai tivi cap ayam ke? Hehehe!

azman said...

makan megi, takkan tak mampu beli tivi baru. Paling komen viera

Yana Ismail said...

ha ha ha..org kaya tkkannnla mkn maggie? ;P

DeeN said...

apa barang dah kaya raya sebagai moderator ekhem..ekhem.. makan megi lagi. Tak berkhasiat sungguh. Hahaha...!

Unknown said...

sepatumerah;
orang miskin boleh makan steak, orang kaya pun boleh makan megi.

fafarafa;
jimat cermat namanya. :P

pakdi;
hahaha. taulah The Reds tengah berapi sekarang

tasikmerah;
dah jadi kedai mapley la pulak.

cabincrew;
megi telor siapp!!

aie;
kau jadi dia punya s/u saja lagi cepat kaya. aku ni pun kuli jugak.

paiseh;
aku rasa tauke megi pun tak makan megi.

kadok;
nak kena isytihar harta jugak ke ni? hehe.

danielle;
mampuss..

kingbingjai;
repair lagi murah. kalau repair sama dengan harga tivi memang nak angkat tivi baru je.

jowopinter;
LG tu. tapi barang memang tak boleh pakai.

azman;
haha. selagi boleh. repair tetap repair.

liyana;
megi simbol si kaya berjiwa marhaen.

deen;
megi juga tetap di hati. haha.

Powered by Blogger.