Riang Ria Kampus Dulu Lain Sekarang Lain

Friday, July 24, 2009 · Posted in

senang je..
cite pasal zaman kampus dolu2..
besshhhh..
- adeqq

1. Zaman kampus aku bermula tahun 1999 di Johor ketika zaman gawat dan krisis politik Malaysia. Pada masa tu secara peribadi, kesan ekonomi tidak begitu terasa kerana mendapat duit daripada mak ayah dan ditambah dengan pinjaman kerajaan negeri dan persekutuan.

2. Masa tu baru datang revolusi henfon. Henfon pertama aku Nokia 3210, antara paling canggih seumpamanya ketika tu dengan rekabentuk tanpa antena.

3. Antara kemahiran yang aku pelajari ketika di Johor ialah belajar main nunchaku sehingga tahap semi pro daripada seorang kawan aku yang berdarah raja dan sangat meminati Bruce Lee. Dengar cerita dia jadi polis sekarang.

4. Habis belajar di Johor. Aku menganggur dan jadi tak ketahuan. Kecewa tak dapat IPTA aku saja isi borang masuk Universiti Kerajaan Swasta (Unisel). Dapat. Selepas dua semester aku kat Unisel, UiTM panggil aku. Tapi sebab dah kamcing dengan kroni sini. Aku tolak ke sana. Memang sekarang aku menyesal juga sebab bakal jadi macam Faizal Tahir sebab tak bayar duit pinjaman lagi. Mujur aku masih tak bercadang nak cari suaka politik di USA.

5. Aku antara kelompok awal Unisel. Batch ketiga. Masa tu bawah kerajaan negeri pimpinan Umno. Kampus Unisel dulu memang miskin gila. Serius, nak mengaku studen pun malu. Kalau orang tanya belajar mana, kami masa tu akan jawab, Shah Alam saja. Dan automatik orang akan cakap, Ooo.. UiTM...

Ada sekali tu masa kami berkelah kat Gabai, ada sorang brader tanya, belajar mana? Aku jawab perlahan, Unisel. Brader tu angguk.. Ooo Unitennn.. Dekat jelah ye.. Itu belum masuk berapa ramai orang yang kerut dahi masa dengar Unisel. Aku syak diorang ingat kami belajar kat Unicef.

6. Masa baru daftar, gambar bangunan Unisel dalam pamflet bukan main besar. Tapi rupa-rupanya tingkat bawah saja jadi ofis Unisel dalam bangunan Inpens (sekarang dah jadi kampus satelit Unisel, Seksyen 7, SA).

7. Bilik kuliah kami sebenarnya kat atas kedai makan Joran, sebelah mamak Khulafa Seksyen 7 lama. Asrama kami pula kat Seksyen 8 (bangunan Kopeda) dengan dekorasi ala setinggan. Apa yang istimewa di asrama kami ni ialah kemudahan tandas dengan dua jamban duduk dalam satu bilik. Kami panggil tandas tu 'jamban berjemaah'.

8. Sebelum Suzuki Rongak dikirim dari kampung, pengangkutan utama aku ke kuliah (dari Seksyen 8 ke 7) ialah bas universiti (sekolah). Kalau tertinggal kena naik teksi. Tapi kawan aku, Sabahan (memang kami panggil dia Sabahan) jalan kaki saja dari Seksyen 7 ke 8. Ada sekali tu dia cerita dia menapak dari Seksyen 8 ke Kompleks PKNS. Tiga malam aku tak tidur teringat cerita dia.

9. Sepanjang belajar di Shah Alam, aku tak pernah masuk Bukit Cerakah padahal tak sampai sepuluh minit pun pergi sana. Aku juga tak pernah masuk WetWorld kat Seksyen 2. Istana MB lagilah aku tak pernah masuk. Dulu aku ingat rumah dia tu muzium.

10. Antara pengalaman paling tidak dapat dilupakan di Shah Alam ialah tragedi kawan aku, Binbin kalah ber-racing dengan mat scoot. Tapi syukur, Suzuki Rongak aku merangkap Queen of Moped berjaya menebus kekalahan tersebut pada masa yang sama.

11. Banyak lagi cerita. Tapi nanti dah jadi beratus-ratus poin pula dalam entri ni. Sekian saja.

13 Responses to “Riang Ria Kampus Dulu Lain Sekarang Lain”

Anonymous said...

owhhh...budak unisel.

ko xyh malu lg dah. unisel dh glamer. elyana dh blaja kat situ. siap buat muvi lagi. hahhahahaha

Anonymous said...

best

AinNur Haris said...

dulu-dulu..SAYA pun ingat Unisel tu sama dgn Unicef..(hahahaha..) masa tu SAYA tak tahu pun Unicef tu apa sebenarnya...!! err..

dan.. SAYA selalu rasa org yg blajar kat Unisel ke Uniten ke UniKL ke..semua orang kaya-raya-berada.. ;-p

nur'ain said...

kekekeke =))

sUe said...

macam mana lah kontraktor itu boleh terfikir nak buat jamban berjemaah? nak jimatkan kos buat dinding kot...huhu.

btw, pernah kah kamu ber'jemaah' dalam tandas itu? ;P

emon said...

weii.. abg lan.. tingat pulak zaman ssh payah tu..kn? kn? kn?

tasekM said...

1999 aku dh grad. :)

DeeN said...

ooo kirenye ko batch terawal gak ler. Kawan aku pon batch awal gak, dia selalu cerita bende yg sama cam ko citer. Biasa la bende baharu. :)

Unknown said...

fafarafa:
huh. elyana juga dapat nama.

anon:
:)

cahayamata:
memang orang kaya saja belajar situ. kaya dengan hutang.

nur'ain:
:)

sue:
tak ada siapa pernah ber'jemaah' dalam tu. tapi masuk sem kedua. asrama tu dah tak ada. kami tercampak pulak ke blok rumah kedai kat seksyen 9. sadis.

emon:
wah. emon. long time no see. betul betul betul.

tasikmerah:
perghh. tuanya. hahaha!

deen:
aku rasa aku kenal sapa kawan hang tuh. huh. :P

D!-Jarr said...

kwn binbin ko tu sama ngn kwn wonderpetS ke? tabik kt ko...hihihi..

Unknown said...

dijar:
aku pun geng wonderpetS gak. tu yang datang membantu binbin yang dalam kesusahan. hahaha!

Adeqq said...

ahakss.. sowii lame x melawat.. bz sket.. ahakzz.. tanks buat entry nih.. oooo.. dulu Unisel macam ni ke.. kesian.. tapi, still proud to be UNISELIAN. sbb tanpa unisel, xdela keje cam skang.

berbanggalah dengan universiti anda. SEKIAN!

Anonymous said...

ada satu kilang buat battery kt kulim " Unycell"

dulu bila gtaw blajaq kt unisel. sapa pun tataw

la ni bila sbut unisel, org kampung msti kata ;

" Oooo.. university dunia baru tuuuuu... "

apparently, the media plays such a vital role in promoting unisel, Khir Toyo n the state of S'gor should be very grateful.

entry ini sngguh mnghimbau kenangan.. sweet

:)

Powered by Blogger.