Terperap dan Terperangkap

Tuesday, January 20, 2009 · Posted in

Kerja 9 hari. Penat dan ting tong. Duduk rumah rileks saja sambil memikirkan apa yang dah terjadi sepanjang lima hari lalu.

Memang macam-macam benda dah terjadi pun. MUH menang Juara Lagu. Arsenal menang lawan Hull City. Umno tumbang di Kuala Terengganu. Malam nanti Obama jadi presiden. Gaza macam itu jugalah. Di Malaysia pun ada perang juga. Perang di jalan raya. Purata 5,000 kematian setahun. Jenayah dan krisis nilai makin berleluasa. Tak nak percaya jangan tengok berita.

Tapi cuti yang sekejap tidak bermakna kerana tiada internet. Semuanya sifar. Hasrat hati nak layan Awan Dania dan usha Muhammad Ali berboxing tergendala gara-gara Internet down. Itu belum masuk berita-berita terkini dan gosip-gosip panas seantero dunia. Bungkam. Terperangkap.

Memang betul. Internet punca kemurungan. Bayangkan dunia hari ini tanpa Internet. Tanpa blog. YouTube. Facebook.

Ketakutannya seperti berada pada zaman Black Death. Ah, baik aku pergi layan roti canai dulu.

12 Responses to “Terperap dan Terperangkap”

tsubasa said...

sian die. ish3... sian die.. kikikik...=p

paiseh said...

lu layan Awan Dania kat intenet ke??

aie akaike said...

cis. alasan nak makan roti canai je tuh.. ;P

kel@mbu said...

tsubasa;
shut up!

paiseh;
ha ah. kat tivi x sempat. biasalah. kerja sekuriti. hahaha.

aie akaike;
ha ha ha

fafarafa said...

hahaha. ko spt generasi sekarang yang tidak boleh hidup tanpa facebook. :p :p

Dato Why said...

Internet tanpa smpadan

bravoooo

kel@mbu said...

fafarafa;
tanpa youtube!

Dato Why;
haha!

cik puan daun said...

dunia tanpa blog. YouTube. Facebook...

ada mirc tak??

msyakiro said...

Walau internet down dapat tengok Yahoo pun dah ok.

kel@mbu said...

cik puan daun;
ada org layan mirc lagi ke sekarang ni? hehe

msyakiro;
yahoo pun tak bulih bukak ni.. hehehe..

cabincrew are here not to kiss ur ass said...

'awan dania' tak best.'attention please' la crew dia lagi hot.

kel@mbu said...

cabincrew;
hahaha.. dua-dua pun hot juga apa..

Powered by Blogger.