RAMBUT
Kata Nik, macam hakim.
Kata aku, macam Anakin.
Apa pun, hari ini aku berambut rekrut. Pendek dan petak. Kau orang boleh cakap aku dipengaruhi siri Contender atau pun komik Raja Rimba.
Aku bukan lagi Anakin atau Harimau Kumbang.
Hari ini aku sudah menjadi Timur Waja. Kata Chang Kong, Timur Waja lebih hebat dari bom nuklear.
Aku tak mimpi apa-apa pun. Aku cuma mahu menyampaikan mesej bahawa aku bukannya seorang yang ekstremis. Aku bukannya seorang fanatisme pada sesuatu. Aku realistik.
Aku tak suka dikongkong. Aku mahu bebas. Bebas dalam memilih sesuatu. Bebas dalam berapresiasi. Kenapa apabila aku berambut panjang maka aku dituduh terpengaruh dengan sesuatu. Apabila aku berambut pendek maka aku dikatakan manusia normal dan tidak terpengaruh.
Rambut sebenarnya tiada apa-apa bagi aku. Aku boleh berambut panjang sesuka hati aku dan berambut pendek sesuka hati aku. Rambut cuma bulu yang menutupi kepala. Aduh, susahlah apabila orang mula mengkastakan rambut sebagai perlambangan moraliti dan intelektual.
Kata abah, potong la rambut tu sikit. Rimas aih tengok. Tak macam anak cikgu.
Aku jawab, titah diterima Tuanku.
Kelambu: Tiada kuasa veto
Post a Comment