balik kampung, helikopter, star wars II

Sunday, June 05, 2005 · Posted in

BALIK KAMPUNG

Aku orang terakhir balik sebab kehabisan tiket. Nasib baik ada Jarul yang temankan. Maklumlah dia tinggal di Kajang saja.

Aku naik EKSPRES TRANSNASIONAL berwarna emas dengan tambang berjumlah RM31.60 . Plat WCG **** dari Seksyen 17, Shah Alam ke Alor Star. Yeayy!!



HELIKOPTER

Penumpang sebelah kiri kena letak beg di bawah kiri bas sebab bahagian atas kiri letak beg rosak [baca: tak ada]. Bahagian tu kelihatan lopong tanpa alas bawahnya. Cuma kelihatan rangka aluminium yang akan berbunyi, Gegegegegegege.... Gegegegege.. Gegegegeee...

Setiap masa bas bergerak ia akan berbunyi.

Aku dah rasa macam naik helikopter!


STAR WARS II

Aku suka Anakin sebab dia seorang pemuda yang menentang konservatif. Jiwa mudanya meronta-ronta mencari erti kebebasan. Cintanya juga tulus. Tapi sayang para master tidak memahami dan menuduh Anakin adalah anasir sehingga dia kerasukan kuasa Sith. Selepas Anakin menjadi Darth Vader aku terus membenci karakternya. Kenapa?

Masa naik bas malam tadi aku tak boleh tidur.

Selang dua ke tiga kerusi di belakang aku ada Darth Vader. Sepanjang perjalanan selama 6 jam seisi bas akan terdengar deru nafasnya yang keras itu.

Ssseerrhhhhhhhhh....... Ssserrhhhhh... Sssssseerrrhhhhhhhhhh...........

Faham tak kenapa aku benci Darth Vader!

Walau bagaimanapun, malam tadi aku tetap bertuah. Aku pulang ke kampung dengan menaiki helikopter dan salah seorang penumpangnya ialah Darth Vader!

Powered by Blogger.