Awak Lompat Kita Pun Lompat

Friday, February 06, 2009 · Posted in

Dulu masa kecik aku memang suka melompat. Dari satu posisi ke satu posisi. Dari A ke B. Ataupun lompat melepasi satu halangan. Ataupun lompat longkang. Ataupun lompat parit. Ataupun lompat zero point. Ataupun lompat bintang. Ataupun lompat pokok jejarum paras pinggang. Fiilnya lain macam. Kejayaan melompat menepati jangkaan memang satu nikmat tak terungkap.

Manusia memang suka melompat. Melompat sebahagian daripada proses tumbesaran dan keseronokan manusia. Kegilaan melompat ni buatkan manusia mencipta pelbagai keseronokan melompat lain seperti lompat galah. Lompat kijang. Lompat jauh. Lari berpagar (sepatutnya dipanggil lari dan lompat pagar). Lari berhalangan (kena lompat pagar tinggi sikit dan bawah pagar ada air).

Tendangan padu maut Suria Perkasa Hitam pun dimulakan dengan melompat. Ah, begitu sensasi melompat dan menendang dengan kaki berapi. Kalau tengok aksi demo Silat dan Taekwondo, aksi melompat adalah aksi paling thrill dan ditunggu-tunggu.

Lagi satu. Ramai bebudak sekarang ni aku tengok kalau tangkap gambar mesti nak melompat saja sambil depang tangan ke atas. Mentang-mentanglah pakai kamera DSLR.

Ok. Ini cerita lain.

Masa aku darjah dua. Antara hobi unggul aku ialah lompat melepasi penjuru katil dan mendarat hebat di atas tilam. Penjuru katil aku dulu tinggi. Tingginya lebih kurang paras perut aku masa tu. Jadi, sebelum tidur aku akan berdiri hujung dinding bilik dan berlari dan melompat tinggi dan mendarat sambil mendepangkan tangan dengan aksi ala Gaban. Ah, Tuhan saja yang tau betapa nikmatnya aku melompat penjuru katil masa tu.

Tapi sayang. Satu hari tu, lompatan aku tak lepas. Dan celah kangkang aku mendarat betul-betul atas galang katil.

Sejak peristiwa tu. Aku bersumpah dengan air mata bahawa aku takkan melompat lagi.

14 Responses to “Awak Lompat Kita Pun Lompat”

A t i Q a h said...

Lompat2 atas pati sirap pun boleh. HAHA.

Anonymous said...

hahaha...ooo..rupanya bunyi cempedak busuk jatuh tu..hang la rupanya!...patutla katil tu ada kesan bengkok..hmm..

s a L o m a said...

ahahahahahhh!!!pedih gila.kamu dulu sukan sekolah mesti masuk game lompat tinggi kan?

paiseh said...

ecececeh.. pandainye lu relate ngan isu semasa.. hahahahaa..

Anonymous said...

hehehe..perangai org tiga suku..~

famia said...

tulah pasal paiseh.
aku dah terasa apsal sensitif betol isu katak dan lompatan ni.
haha.

ade udang di sebalik kulit.
rupanya.

Anonymous said...

hahhahaha....harap takde efek apa² kesan dari peristiwa itu.

ceri masam said...

lompat kena tarik nafas dulu :)

meza said...

comelnye lompat dgn aksi Gaban. tapi, sepandai-pandai Kelambu melompat, akhirnya.... oooppps!!
Adoi. Sakitnye....

;)

Anonymous said...

heh heh..
macam-macam...
lain kali lompat lah yang tak merbahayakan kesihatan..
lompat kelas atau lompat parti misalnya...woopss! :P

Amyz! said...

oouuuchhhhh!!!

DeeN said...

Ala baru sekali kena. Hang jangan berputus asa. Lompat lagi, lagi lompat. Sampai terer. Tak susah kan? Ekekeeekeee..!!

suraya said...

Jangan smpi lompat parti sudah....

Unknown said...

atiqah;
heheh!

fuzama;
hahaha!

cabincrew;
:) tak ambik sebab ada pengalaman ngeri. :P

paiseh;
mana ada. haha!
jarul;

famia;
haha!

fafarafa;
ok ja. steady ja. haha!

onelove;
silap timing la tu.

mesober;
hehe..

sue;
membahayakan jiwa tu.

amyz;
ushh..

deen;
katil sekarang dah susah cari yang ada galang.

suraya;
tak ada kenan mengena dengan politik ok. hehe. :P

Powered by Blogger.