insaf jap bace cite dato why, thanks... - 'ainrahimin
kelambu, nak tau pandangan mengenai kenapa manusia suka dengki2 ngan org lain..dengki y positive takpe gak, ni dengki y menyusahkan hidup org lain...menyakitkan mata y memandang...
1. Secara mudah dengki bermaksud perasaan tidak senang, gelisah dan keluh kesah melihat kelebihan yang dimiliki orang lain dengan berharap agar nikmat tersebut hilang daripada orang tersebut.
2. Hasad dengki bermaksud dengki dengki. Sebabnya dalam bahasa Arab, perkataan hasad itu memang membawa maksud dengki. Gabungan yang molek sepatutnya hasad dendam (dengki dan dendam). Jadi gabungan kata hasad dengki itu sekadar penyedap sebutan - sama juga dengan beberapa sebutan yang biasa kita atau orang lain ucapkan seperti; try test, pintu gate, mesin atm, kotak box, ic card.
3. Justeru di sini dari segi bahasa, dengki merujuk kepada sifat-sifat keji yang patut dihindari dan tiada dengki positif sebenarnya. Mungkin apa yang dimaksud itu ialah cemburu. Sebab itulah ada ungkapan cemburu buta dan cemburu tanda sayang. Tidak ada ungkapan dengki buta atau dengki tanda sayang.
4. Tapi memang ada dengki yang positif sebenarnya. Rujuk hadis ni:
"Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua hal; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniakan harta dan dia selalu menginfakkan harta itu pada malam dan siang hari. (Juga iri) terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu ia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain" - Riwayat Bukhari dan Muslim
5. Sebaliknya ungkapan yang biasa didengar tentang dengki ialah PHD atau Perasaan Hasad Dengki atau Perasaan Dengki Dengki.
6. Tapi bunga dengki ini sebenarnya berputik daripada perasaan cemburu, yang tidak dikawal, dibiar melarat sehingga bernanah, pecah dan membusuk serta membahayakan diri sendiri. Faham tak ni?
7. Contoh mudah, jiran membeli Gen2 CPS. Kita cemburu kerana hanya mampu memiliki kereta haiwan bijak, Kancil. Kita cemburu gila tetapi kemudian menjadi insaf kerana itu adalah rezeki Tuhan yang diberikan kepada jiran tersebut dan kita redha dengannya (ini positif). Ia bertukar negatif apabila perasaan itu diterjemahkan dalam bentuk tindakan seperti mencalarkan kereta jiran, memancitkan tayar keretanya atau membunuh jiran tersebut kerana lebih bernasib baik berbanding kita.
8. Di antara cemburu dan dengki ini ada satu lagi perkataan ditengahnya, iri hati. Jadi ia membentuk struktur diagram sebab-akibat. Cemburu --> Iri hati --> Dengki.
9. Merujuk kepada diagram sebab-akibat di atas, manusia sememangnya tidak dapat lari daripada perasaan cemburu. Cuma takwa dan iman yang mampu mengekang level cemburu yang bersarang dalam hati kita.
10. Sebut pasal cemburu, aku ada satu cerita mengenai Rasulullah S.A.W yang mahu dikongsi. Satu hari isteri-isteri baginda datang berjumpa dan mendesak baginda memberitahu siapa isteri yang paling disayanginya. Baginda beri satu tarikh untuk buat keputusan. Dalam tempoh itu baginda pergi jumpa setiap isterinya dan masing-masing dihadiahkan sebentuk cincin. Masa yang dinanti pun tiba. Tapi sebelum diumumkan, baginda ingatkan isteri-isterinya supaya diam-diam saja dan tidak beritahu madu-madu lain apabila jawapan sebenar diketahui kerana takut menimbulkan cemburu. Mereka semua berjanji. Baginda cakap, isteri yang paling dia sayang ialah isteri yang dia hadiahkan cincin tempoh hari. Selepas itu semua isteri-isteri baginda pulang dengan hati yang girang. Wallahualam.
Powered by Blogger.
12 Responses to “Yang Sebenarnya Hasad Dengki”
time kasih kelambu...senyum sorg2 bila bace cite nabi muhammad saw dengan isteri2 nya...
10. Sebut pasal cemburu, aku ada satu cerita mengenai Rasulullah S.A.W yang mahu dikongsi. Satu hari isteri-isteri baginda datang berjumpa dan mendesak baginda memberitahu siapa isteri yang paling disayanginya. Baginda beri satu tarikh untuk buat keputusan. Dalam tempoh itu baginda pergi jumpa setiap isterinya dan masing-masing dihadiahkan sebentuk cincin. Masa yang dinanti pun tiba. Tapi sebelum diumumkan, baginda ingatkan isteri-isterinya supaya diam-diam saja dan tidak beritahu madu-madu lain apabila jawapan sebenar diketahui kerana takut menimbulkan cemburu. Mereka semua berjanji. Baginda cakap, isteri yang paling dia sayang ialah isteri yang dia hadiahkan cincin tempoh hari. Selepas itu semua isteri-isteri baginda pulang dengan hati yang girang.
Ini mungkin sebagai tambahan:
Cemburu ni perlu sebenarnya "lambang kesetiaan cinta yg tak berbelah bagi", sebagai contoh bila Rasullah bermalam salah seorang isterinya, dan salah seorang isterinya yg lain menghantar makanan kepadanya, bila isteri(tuan rumah) mendapat tahu dengan sengaja dijatuhkan pinggan sampai pecah. Nabi cakap apa, Nabi cakap isteriku sedang cemburu.
point no10 tu,sejuk betul bila baca.rasa puas taktau nak cakap.haha.over lak.. :p
semua org pun ada rasa cemburu, iri-hati, dengki kat orang lain.
betullah. iman, sabar, waras - bleh halang kita dari bertindak negatif~
harap2 sifat2 dengki, cemburu dan iri hati dalam diri kita tu dpt disalurkan pada jalan yg betul~ huhuhu.
Manusia dengan PHD memang tak dapat dipisahkan, bak irama dan lagu, bagai ombak dan pantai. Er... sekian, pandangan aku!
Segalanya berkisar tentang soal hati ya.
:)
leh tak citer pasal lelaki yang berkahwin lebih dari 1. dan betul ke tak de perempuan dalam dunia yang sanggup hidup bermadu?
:)
hmm ptt org yg ada PHD ni kena masak je.
biar goreng smpi hangus.
cemburu tu penting dlm perhubungan. asalkan jgn over cemburu..
weh, sori tak sempat melawat. harap hang ok la no.. bawak bersabaq banyak2..
Apabila mendapat musibah maka jadikanlah ia iktibar dan pengajaran yang menginsafkan. Salam sayang. Moga kebaikan dan ganjaranNya jua yang melengkongimu. Amin
erk...encik..encik..
jemput ambik award di blog saye ye. makasih.
Post a Comment