Hari Selasa Saya yang Begitu Bersemangat

Tuesday, May 19, 2009 · Posted in

Semalam, lepas makan nasik dan update laman web bola (pasal Wenger kononnya nak ke Bernabeu tapi dinafikan adik Samir) dan sebuah lagi laman web anarki politik, aku terus tidur.

Bangun pagi terus semangat pergi kerja. Bawa motor pun tak lebih had laju kebangsaan. Sebelum sampai ofis singgah Mesra kejap, beli air oren Twister dan roti krim blueberi vanila. Memang hari ini seperti selalu. Damai abadi.

Lepas tabik kat jaga terus masuk ofis dan buka pc. Baru buat stori satu dua, brader Nod jumpa aku dengan muka separa bengis.

Kau switch dengan Dani?

Hah, mana ada. Kerja la hari ni bang.

Tengok balik schedule.

17, 18, 19.. eh cuti?

.
.

Aku pulang dengan penuh rasa terkilan.

7 Responses to “Hari Selasa Saya yang Begitu Bersemangat”

DeeN said...

Hehehe... terlebey semangat. Okey apa..! Lepas tu boleh balik tido!

Ait, apa habaq hang? ;)

prettyrain said...

wah, tersemangat lebih tp cuti plak eh.
jgn lupa dtg keje sok ye.

ainunl.muaiyanah said...

rajin sangat ni. hihi. baguslah boleh dapat pekerja terbaik tahun ini

daud said...

Aku skrg hari2 singah 7E mrr2..beli kopi 7E n roti..kopi sedap n murah.

sis said...

amboi2..semangat sungguh kamu..
xpe2, cth pkerja cemerlang, gemilang & tbilang.. :D

s a L o m a said...

ahahhaahhahhahahah

roti bluberi vanila ngan air twister simpan esok je la.takyah singgah mesra dah :)

Kizzy TF said...

laaaa...pulakk

Powered by Blogger.