Namanya Cerita Pendek Kerana Ia Tidak Panjang

Sunday, May 17, 2009 · Posted in

Haha. Aku pun no idea nak tulis entri, nak bagi idea, lagi la no idea.
Tapi bleh gak bagi idea.
Cerita pendek
- Amyz

1. Secara ringkas, cerita pendek ialah cerita yang tidak panjang.

2. Dalam bidang penulisan ia dipanggil cerpen, iaitu satu prosa naratif fiktif.

3. Ia terbina dari anekdot, satu situasi yang digambarkan singkat dan dengan cepat tiba pada tujuannya seiring paralel pada tradisi penceritaan lisan. Faham ke ni?

4. Skema penulisan cerpen perlu ditaip lebih kurang 12 halaman A4 dengan fon Times New Roman dan selang 2 paragraf.

5. Cerpen yang sudah disiapkan boleh dihantar ke media cetak, blog atau simpanan peribadi.

6. Kalau mahu buat duit, hantarlah ke media-media cetak dan pastikan anda tidak lupa sertakan butir peribadi dan setem mencukupi. 50 sen. RM1 lagi selamat.

7. Bayaran untuk satu cerpen yang disiarkan bergantung kepada syarikat penerbitan. Setakat ni yang aku tahu, DBP membayar paling tinggi untuk setiap cerpen yang disiarkan dalam produk keluaran syarikat itu. RM200++.

8. Secara matematiknya, untuk mendapat ekstra RM2000 sebulan atau berhasrat menceburi penulisan cerpen sepenuh masa, anda perlu menulis lebih 10 cerpen dalam sebulan. Berani?

9. Ada yang lagi pendek dari cerpen. Ia dipanggil certot. Cerita kontot.

10. Kalau anda boleh menulis cerita dalam tiga atau empat paragraf, ia sudah layak dikategorikan sebagai certot. Strukturnya boleh jadi cuma dialog, cerita atau kedua-duanya. Antara penulis certot cemerlang yang boleh dirujuk ialah Saharil Hasrin Sanin dan Sufian Abas.

5 Responses to “Namanya Cerita Pendek Kerana Ia Tidak Panjang”

s a L o m a said...

apsal certot pulak??bukan cerkon ke?

hazman said...

ada cerita panjang dan ada juga cerita pendek..ada cerita panjang tapi kesannya pendek..ada cerita pendek tapi kesannya panjang...ada penceritaan yg boleh dicerita dengan suara..ada yg boleh diceritakan dengan mimik muka..ada cerita yg boleh diceritakan dengan pena dan ada juga cerita yg boleh diceritakan dengan air mata...setiap cerita adalah kata-kata...tapi bila lagi ingin bercerita tentang cinta tanpa asyik berkata kata...
-ni pantun panjang untuk hang agar segera menamatkan zaman bujang...best woo kawinn

Naddy said...

kalau keluar tibi jadi cerekon.

therosputih said...

cerpenla, certotla, cerkon la...mcm2 la kalian...y penting, bila kita wat cite, ada org baca...kalo setakat kucing maupun cipan y bace, takde pekdahnye jugak...

Anonymous said...

Ha ha ha! CERTOT!

Powered by Blogger.